Header Ads

(VIDEO) Gara-Gara Ditangkap 'Basah' Pasangan Kekasih Terima Hukuman Di Mandikan Dengan Air Kumbahan Oleh Penduduk Kampung..



MEDIA sosial sekali lagi gempar dengan hukuman yang dikenakan oleh orang ramai terhadap pasangan muda yang sedang berdua-duaan.

Dalam kejadian di Ingin Jaya, Aceh Besar, 'hukuman' itu dijatuhkan selepas pasangan berkenaan ditangkap sedang berdua-duaan di sebuah rumah.


Berdasarkan posting video yang tular, cecair hitam pekat yang digunakan untuk 'memandikan' pasangan muda tersebut adalah air kumbahan mentah. Rata-rata netizen tidak berpuas hati atas hukuman yang dilakukan oleh penduduk kampung yang membuat hukuman sesuka hati dan melulu tanpa mengikut syariat dan undang-undang.


Ketua Polis Ingin Jaya Nazarul Fitra mengesahkan kejadian itu berlaku di kampung Kayee Lee, petang Isnin selepas sekumpulan pemuda menyerbu rumah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dikenal pasti sebagai Ar dan mendapati teman wanitanya yang dikenali sebagai H, 18 tahun, turut berada di dalam rumah tersebut.


"Rumah itu memang rumah Ar. Tetapi tidak begitu jelas apa yang mereka lakukan di rumah itu," kata Nazarul kepada portal berita Aceh, beritakini.co .


Apa yang jelas adalah apa yang berlaku selepas itu, yang mana pasangan terbabit dipaksa keluar dari rumah dan mereka dimalukan di khalayak ramai dengan dimandikan dengan air kumbahan, seperti yang dapat dilihat dalam video.

Image may contain: text

Nazarul berkata polis segera ke tempat kejadian apabila mendapat laporan mengenai insiden itu.

Pada masa itu, pasangan tersebut telah dibenarkan membersihkan diri mereka di sungai.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini polis kemudian menahan pasangan tersebut.

Kes itu kemudian diserahkan kepada Polis Aceh Besar, yang menyatakan mereka masih menyiasat pasangan itu kerana mungkin melanggar undang-undang syariah berdasarkan keterangan saksi.


Bergantung kepada hasil siasatan, pasangan muda itu mungkin berdepan hukuman lain, kemungkinan besar disebat di tempat awam, yang merupakan hukuman yang biasanya dikenakan kepada pelanggar hukum syariah di Aceh.

Pada akhir Januari, polis menahan dan memotong rambut 12 wanita transgender serta memaksa mereka memakai pakaian lelaki.

Sumber: Ardi Aclek

No comments

Powered by Blogger.