Header Ads

(VIDEO) "Dia Menjelma Kembali, Kes Sama 2 Tahun Lepas" - Seram! Lembaga Hitam Muncul Dalam Video Live Iqram Dinzly


Pelakon Iqram Dinzly berkongsi detik mengerikan sewaktu mengadakan sesi live Instagram bersama peminatnya malam tadi.


Dalam sepotong video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang peminatnya, muncul lembaga hitam berdiri di belakang Iqram.




"Weh buat hal! Memang ada lembaga hitam yang korang cakap Kodin tu. Aduh! 



"Seram pula rasanya nak buat live video malam-malam ni. Tambah pula malam Jumaat!



"Ia menjelma kembali kes dua tahun lepas pun begini," tulisnya menerusi akaun @prinxchiqydinzly.



Iqram turut memohon jasa baik peminatnya untuk mencadangkan ahli ulama bagi menghalau gangguan makhluk halus dari kediamannya.



"Sesiapa ada kenal mana-mana ustaz untuk mencuci rumah?" soalnya.



Kejadian mistik itu turut dipersetujui oleh peminatnya yang meminta agar dilindungi daripada gangguan sedemikian.




"Aku baru tengok live yang ada makhluk berkain hitam berjalan lepas tu terbang pula. Nasihat aku kalau nampak benda itu buat tidak tahu saja," tulis @iz_raphael.




Sumber: IG @bawaabata.merebuks & @prinxchiqydinzly & A.Gempak

No comments

Powered by Blogger.