Header Ads

'Terbalikkan Badan Selama 30 Minit Setiap Hari." Rahsia 'Atuk' Usia 68 Tahun Nampak Macam Remaja Dibongkarkan!..



SEORANG warga emas dari Shanghai, China, dikagumi ramai kerana semangat dan penampilannya yang nampak sangat muda.

Jadi, tidak hairanlah Hu Hai, diberi gelaran 'Datuk Paling Moden di Shanghai', dua tahun yang lalu.


Anda mungkin tidak dapat meneka usianya dengan melihat wajah dan penampilannya semata-mata, tetapi Hai telah dilahirkan pada tahun 1950 dan berusia 68 tahun

Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil, jadi dia bersama enam adik-beradik yang lain dibesarkan oleh ibunya.


Hai, bermain dalam beberapa sukan dan walaupun dia tidak pernah terlibat dalam kerjaya sukan secara profesional, dia begitu bersemangat melakukan senaman fizikal untuk sentiasa nampak muda dari segi luaran dan dalaman.


Hai pertama kali menjadi tajuk utama di China dua tahun lalu, ketika mengambil bahagian dalam program bakat tempatan untuk warga emas di Shanghai, mengejutkan penonton dan juri dengan penampilan dan sikapnya seperti remaja lelaki, yang jauh berbeza dengan usianya.


Dia memenangi gelaran 'Most Modern Grandpa' dan sejak itu sering muncul di televisyen, majalah fesyen dan acara-acara pemodelan.

Ditanya apa rahsia awet mudanya, lelaki lebih separuh abad itu berkata ia sebenarnya merupakan gabungan faktor. Untuk menjaga bentuk badannya, dia mengamalkan yoga, meditasi dan menterbalikkan badannya selama 30 minit sehari.

Ia sekali gus akan mengurangkan kedutan, memelihara kulitnya daripada menjadi kendur dan juga menghalang keguguran rambut.


Dari segi pemakanan, Hai lebih suka makan dalam saiz yang kecil tetapi enak dan juga mengambil pelbagai suplemen kesihatan, termasuk vitamin dan pil kolagen.

Tetapi apa yang sebenarnya membuatkan Hai kelihatan jauh lebih muda daripada usianya adalah sikapnya.

Dia mendakwa terus menganggap dirinya baru berusia 20 tahun dan mungkin akan merasakan seperti itu sehingga dia menarik nafas terakhirnya.


Padanya, umur hanyalah nombor dan selagi dia berasa muda, angka usianya tidak akan menjejaskan dirinya sama sekali.

"Semua orang akan menjadi tua suatu hari nanti, tidak ada cara untuk mengelakkannya," Hai memberitahu Read01.

Image result for hu hai 68-Year-Old Grandpa

"Tetapi jika anda berasa tua dan hanya menunggu untuk mati, jika anda tidak mahu belajar atau mengalami perkara-perkara baru lagi, anda benar-benar sudah tua, tidak kira berapa pun umur anda."


Hai percaya setiap orang mempunyai tiga usia iaitu usia mental, usia fisiologi dan usia fizikal.

Dua yang terakhir boleh diukur dengan instrumen perubatan dan ujian dan Hai mendakwa doktor memberitahunya bahawa dia mempunyai badan dan fungsi tubuh seorang manusia berumur 40 tahun. Tetapi usia mentalnya jauh lebih rendah.

"Saya fikir umur mental saya akan sentiasa 20 tahun," kata Hai.


"Tidak kira apa yang dikatakan orang lain, saya rasa seperti berumur 20 tahun. Saya boleh buat apa yang boleh dibuat oleh orang berusia 20 tahun."

"Remaja adalah satu sikap dan jika anda mempunyai semangat dan rasa ingin tahu, anda boleh menjalani kehidupan yang berbeza," katanya.

Related image

Menariknya Hai bukanlah satu-satunya datuk berjiwa muda di China.

Tahun lepas, Wang Deshun, yang kini berumur 82 tahun menjadi tajuk berita apabila diberi gelaran datuk paling hangat.



No comments

Powered by Blogger.