Header Ads

'Seperti Berada Di Marikh'. Salji Bertukar Warna Oren Di Pergunungan Russia..



Moscow: Ribut pasir melanda gurun Sahara menyebabkan salji yang turun di kawasan timur Eropah menjadi warna oren sekaligus menjadikan kawasan pergunungan di Ukraine, Russia, Bulgaria dan Romania seperti permukaan planet Marikh.

Related image

Akhbar The Independent melaporkan, fenomena itu dipercayai berlaku akibat campuran pasir, debu dan partikel debunga dibawa oleh ribut di utara Afrika.


Pakar meteorologi Britain, Steven Keates memberitahu, fenomena berkenaan berlaku sekali dalam tempoh lima tahun.

Related image

“Apabila pasir dibawa naik ke tahap paling atas atmosfera ia kemudiannya disebarkan ke lokasi lain.

“Daripada imej satelit menunjukkan banyak pasir dan debu di atmosfera bergerak menuju ke Mediterranean,” katanya.


Sementara itu, ramai pelancong memuat naik gambar mereka di Instagram dan Twitter bermain ski di kawasan pergunungan di timur Eropah yang bertukar warna menjadi oren.

Gambar berkenaan menarik perhatian ramai pengguna yang pemandangan itu seperti berada di planet Marikh. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.