Header Ads

‘Saya Terasa Sunyi Selepas Berpisah’ – Hafiz Hamidun Buka Hati Kepada Yang Sudi..




SELEPAS empat bulan selesai dengan kes penceraiannya, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun, 34, mengakui ia bukanlah proses yang mudah untuknya meneruskan kehidupan.

“Orang luar yang melihat, mungkin nampak seperti semuanya mudah. Tapi, untuk saya yang melaluinya, ia bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, ada ketikanya dia sunyi dan tersentuh lebih-lebih lagi melihatkan rakan-rakan dan adik beradiknya yang sudah berkeluarga.

“Bila saya sunyi dan sebagainya, saya akan hubungi ibu dan bercerita banyak benda. Mengenai kehidupan selepas penceraian, ibu dan ayah banyak memberi semangat kepada saya,” katanya.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua itu juga memaklumkan, dia kini semakin banyak meluangkan masa dengan ibu bapanya.


“Saya seorang yang sibuk dengan kerja, tapi sekarang, banyak masa saya habiskan dengan mereka. Ibu sumber kekuatan dan ayah pula adalah sumber keberanian.

“Saya berikan kunci rumah kepada mereka, dan pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk mereka datang,” katanya.

Ditanya sama ada dia kini bersedia menerima wanita baru sebagai suri hatinya, Hafiz tidak menolak.


“Saya tidak ada masalah untuk menerima cinta baru. Tapi, kalau boleh biarlah wanita itu seorang yang memahami diri saya dan tahu apa yang pernah say lalui,” katanya.

Hafiz sebelum ini berumah tangga dan bercerai dengan bekas isterinya, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin pada Oktober tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.