Header Ads

“Saya Tak Dera Anak! Saya Ajar Anak Solat Dan Mengaji, Tetapi Dia Tak Faham. Saya Mohon Jaminan Rendah Dibenarkan.” Suami Ziana Zain Didakwa..



SHAH ALAM: Hanya kerana pukul anak untuk mengajar mengaji, suami kepada penyanyi Ziana Zain menanggung akbiatnya apabila dia dihadapkan ke mahkamah atas perbuatannya itu.

Menurut laporan Sinar Harian, Armin atau nama sebenarnya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, dihadapkan ke mahkamah majstret Shah Alam pada Selasa atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, bekas Pramugara Kanan Malaysia Airlines itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Armin bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Pemuda itu memberi alasan perbuatannya itu adalah bertujuan mengajar anaknya melakukan solat dan mengaji al-Quran.


Tindakannya itu atas dasar tanggjungjawabnya sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya.

"Saya ajar anak solat dan mengaji, tetapi dia tak faham. Saya tak dera anak! Saya mohon jaminan rendah dibenarkan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi bagaimanapun mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap Armin.


Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula kes tersebut.

Armin,53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.


Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber: mStar Online

No comments

Powered by Blogger.