Header Ads

"Saya Nak Doktor Perempuan Saja Yang Sambut Isteri Saya Bersalin, Kalau Tak Jatuh Talak 1 Pada Dia." Isteri Sakit Nak Bersalin, Suami Ugut Lafaz Taklik Jika Bayi Disambut Doktor Lelaki..

Gambar sekadar hiasan
Talak taklik yang dilafazkan adalah untuk memberi perlindungan kepada golongan wanita, namun telah disalahgunakan oleh seorang lelaki tatkala isterinya sedang menggadai nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.

Lafaz yang berbaur amaran oleh lelaki terbabit dikongsikan oleh seorang Pegawai Perubatan Latihan Siswazah atau houseman, Ayie Mahadi menerusi laman Facebook dan telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.


Menurut posting tersebut, Ayie Mahadi menceritakan pengalamannya berdepan situasi mengejutkan apabila seorang lelaki tergamak memberi amaran kepada kakitangan hospital agar doktor perempuan sahaja dibenarkan menyambut dan menguruskan isterinya ketika bersalin atau jatuh talak satu ke atas wanita tersebut.

"Terkejut kami mendengar apa yang suami itu sebut (lafazkan). Saya perhati dari atas bawah suami itu, langsung tiada perwatakan seorang ustaz yang mungkin boleh dikatakan sesetengahnya akan betul-betul jumud dalam menjaga aurat para isteri.

"Ya, memang mustahil sekali! Mana mungkin seorang ustaz yang berilmu sanggup melafazkan cerai taklik di hadapan isteri sendiri dan orang ramai. Lagi-lagi cerai taklik yang tak masuk akal," dakwanya pada posting tersebut.


Coretan Ayie Mahadi itu tular sejak 1 Mac lalu sehingga menerima lebih 1,300 tanda suka (like) dan 739 perkongsian.

SEORANG isteri tengah sarat mengandung menahan kesakitan nak bersalin dibawa si suami ke hospital. Tibanya di PAC (patient assessment centre) terus si suami memberi amaran pada staf2 perubatan, " Saya nak doktor perempuan sahaja ya sambut dan uruskan dia, if tak , jatuh talak satu saya pada dia "

Terkejut kami mendengar apa yg suami tuh sebut. Abam perhati je dari atas bawah suami tuh, langsung takde perwatakan seorang ustaz yg mungkin boleh dikatakan sesetengahnya akan betul2 jumud dalam menjaga aurat para isteri.

Ya memang mustahil sekali ! Sebab mana mungkin seorang ustaz yg berilmu sanggup melafazkan cerai taklik dihadapan isteri sendiri dan orang ramai. Lagi2 cerai taklik yg tak masuk akal.

Image result for dewan bersalin
Gambar sekadar hiasan

Dalam hati abam , "lagi ramai suami camnih , lagi mudah keje abam" ..Makan gaji free je nanti. 

Disebabkan lafaz tersebut, kami staf KKM yg baik hati nih cuba sedaya upaya menyantuni apa yg dipinta. Akhirnya bayi pasangan tersebut berjaya disambut oleh HO (house officer) perempuan walaupun pada awalnya memang sukar bagi kami untuk ikut permintaan si suami tersebut. Itu pun rezeki mereka sbb waktu tuh mmg ada beberapa staf wanita yg bertugas.

Image result for dewan bersalin
Gambar sekadar hiasan

Tapiiiiii...semasa pesakit di hantar ke wad, akan ada satu prosedur yg memerlukan MO (medical officer) buat pemeriksaan di bawah bagi memastikan tiada jahitan terbuka, bengkak, dan sebagainya. Nak jadikan cerita, tiada MO wanita bertugas dalam wad tuh semasa round pagi.

Zupppppp.. si isteri tuh lantas diperiksa oleh MO lelaki (non muslim) yang memang langsung tak tahu menahu isu taklik tersebut. Beliau hanya menjalankan tugas yg diamanahkan KKM sebagai seorang doktor MO.

Si isteri hanya berdiam diri sahaja walaupun mengerti apa yg sedang berlaku dan mengizinkan MO tersebut untuk melakukan pemeriksaan.


See?? Agak2 jatuh ke tidak TALAK si suami pada isteri tersebut? 

Entahlahh abam pun tak pasti. Mungkin jatuh, mungkin tidak. Harap2 tak jatuh lah. Apa2 pun nasihat abam pada para suami di luar sana, beringatlah.. Sayang isteri sangat2 tak salah, nak menjaga maruah isteri sangat2 pun tak salah.

Tapi, biarlah bertempat! Sebagai pengajaran untuk kita semua ya.

Sumber: Ayie Mahadi

No comments

Powered by Blogger.