Header Ads

"Saya Menyesal Pak, Kasihan Anak-Anak Saya." Suami Pukul Kepala Isteri Hingga Mati Kerana Hubungan Sulit Dan Diejek Penganggur..



Gara-gara mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang wanita dibunuh suaminya di rumah mereka, semalam.

Image result for Leli Lismawati, 39

Mangsa dikenali sebagai Leli Lismawati, 39 tahun ditemui mati selepas mengalami kecederaan parah di kepala selepas dipukul suaminya, Sadih Muksin, 40 tahun di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.


Tindakan Sadih itu juga didorong oleh tindakan mangsa yang sering berleter dan mengejek suspek seorang penganggur selain sering dihalau keluar rumah.

Image result for Leli Lismawati, 39

Wakil pegawai polis, Widjonarko mengatakan motif terakhir suspek bertindak membunuh mangsa adalah kerana isterinya itu disyaki mempunyai teman lelaki lain.


Ujar Widjonarko, ekoran sukar mengawal emosi, Sadih dikatakan bertindak menolak mangsa hingga jatuh sebelum memukul kepala dan bibir wanita itu bertubi-tubi.

"Akibat itu, mangsa mengalami kecederaan teruk hingga dilaporkan tidak sedarkan diri," lapor Tribunnews.com


Ketika kejadian kedua-dua anak pasangan itu masih berada di sekolah dan tidak menyaksikan insiden menyayat hati tersebut.

Kedua-dua anak pasangan itu kini dijaga oleh nenek mereka.

Sumber: Astro Awani, Tribunnews

No comments

Powered by Blogger.