Header Ads

"Saya Gembira Anak Ikut Jejak Dan Jadikan Saya 'Role Model'."Bapa Bangga Anak Bongsu Turut Lengkapkan Gelaran 'Keluarga Peguam'..



GEORGE TOWN: Setiap kali adik beradiknya dipanggil untuk mewakili anak guam ke mahkamah, Zainal Azhari Zainal Azhar akan melihat mereka dengan perasaan 'iri hati'.

Namun, perasaan itu semuanya berubah apabila dia juga berjaya bergelar seorang peguam dan diiktiraf ke mahkamah, sekaligus mengikut jejak langkah adik beradiknya yang lain.


"Sejak di sekolah rendah, saya selalu hadir pada majlis kejayaan tiga kakak dan abang saya.

"Saya memang tidak sabar untuk tunggu giliran sendiri," jelas Zainal Azhari.

Zainal Azhari mengiku jejak langkah bapanya Zainal Azhar Mohd Zain,63, yang juga seorang peguam serta lima lagi adik beradiknya.


"Saya terdorong mengambil jurusan undang-undang apabila melihat bapa saya bekerja kuat dan penuh semangat dengan tugasnya.

"Minat saya lebih mendalam selepas melihat keyakinan abang dan kakak-kakak saya sebaik sahaja mereka menjalankan praktikal sebagai peguam," tambah Zainal Azhari.

Sementara itu, Zainal Azhar memberitahu dia tidak pernah memaksa anak-anaknya mengambil jurusan undang-undang.


"Saya gembira dengan anak-anak saya yang mengikut jejak dan amat berbangga apabila mereka menjadikan saya sebagai 'role model'.

"Saya memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih minat masing-masing dan semuanya ingin menjadi peguam," ujar Zainal Azhar.

Kredit: mStar online

No comments

Powered by Blogger.