Header Ads

Saat Menyedihkan ‘Burung Paling Sunyi Di Dunia’ Ditemui Mati Di Sisi Replika Burung Lain Yang Dianggap Kekasihnya..

Saat menyedihkan ‘burung paling sunyi di dunia’ ditemui mati di sisi replika burung lain yang dianggap kekasihnya

Nigel ialah seekor burung spesies gannet yang telah tiba di Pula Mana, New Zealand pada tahun 2015. Di situ ia dikatakan telah menemui pasangan yang disayanginya. Namun begitu, sedalam mana pun cintanya kepada kekasihnya, hakikat yang tidak dapat diubah ialah pasangannya itu sebenarnya hanyalah sebuah replika gannet yang dibuat daripada konkrit.


Sekitar 20 tahun yang lalu, aktivis pemuliharaan di New Zealand telah meletakkan hampir 80 burung gannet palsu di pulau itu sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk menarik gannet sebenar untuk datang ke pulau itu. Nigel adalah satu-satunya burung yang muncul selepas bertahun-tahun dan ia adalah burung gannetpertama yang ‘membina rumah’ di Pulau Mana dalam masa 40 tahun.

Di situ Nigel dikatakan telah menemui pasangan yang mula disayanginya.

Kredit foto: Gecko Lover | YouTube

Penyelaras kumpulan konservasi juga melaporkan bahawa Nigel juga telah membina sarang menggunakan rumpai laut, ranting dan lumpur untuk ‘kekasihnya’. Malangnya segala usaha dan sayangnya pada ‘kekasihnya’ tidak berbalas dan apa yang lebih tragis Nigel baru-baru ini ditemui mati di sebelah ‘kekasihnya’.


Nigel bukan sahaja melalui pengalaman cinta tidak berbalas malah dia juga hidup bersendirian sehingga akhir hayatnya.

Kredit foto: Gecko Lover | YouTube

Burung kesunyian itu juga tidak mempunyai kawan lain untuk menemaninya pada hari-hari terakhirnya. Walau bagaimanapun, sukarelawan terus melakukan yang terbaik untuk menarik burung lain datang ke pulau itu.


Mereka telah mengekalkan burung palsu dengan mengecat mereka secara berkala. Mereka juga telah memasang sistem pembesar suara yang dapat memanggil burung gannet lain dan usaha ini nampaknya berhasil apabila mereka berjaya menarik tiga ekor burung gannet yang baharu datang ke pulau itu.

Chris Bell yang merupakan polis hutan, percaya bahawa kematian Nigel bukanlah sesuatu yang sia-sia.


Menurut Chris Bell lagi: “Nigel adalah daya tarikan yang membantu membawa burung lain ke pulau itu. Burung gannet suka membuat sarang di mana burung gannet lain telah membuat sarang sebelum ini. Kematiannya adalah sesuatu yang menyedihkan tetapi semua itu tidak sia-sia.”

Sumber: ELITE READERS

No comments

Powered by Blogger.