Header Ads

Pil Perancang Kehamilan Boleh Menyebabkan Kanser Pangkal Rahim Jika Diambil Untuk Tempoh Yang Lama?


ADAKAH benar pil perancang kehamilan boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika diambil untuk tempoh yang lama? Adakah cara lain yang lebih selamat untuk mencegah kehamilan selain pil perancang? Apakah kesan sampingannya? 

Adakah benar melakukan hubungan seks dengan kerap walaupun dengan hanya satu pasangan boleh menyebabkan kanser pangkal rahim?
- Rokiah, Sarawak


JAWAPAN

Kini, pangkal rahim atau pintu rahim lebih dikenali sebagai serviks. Benar ada kaitan antara pil perancang kehamilan dengan insiden kanser serviks. Ini berdasarkan kajian terdahulu yang melihat pesakit kanser serviks didapati lebih ramai yang pernah mengambil pil perancang kehamilan berbanding yang tidak mengambilnya.

Image result for kanser serviks pil perancang

Maka, andaian asal adalah pil perancang kehamilan menyebabkan kanser serviks. Namun apabila dikaji dengan lebih lanjut, ada pendapat bercanggah mengenai hasil kajian ini memandangkan pesakit kanser serviks terbabit turut mengamalkan aktiviti seks berbilang pasangan dan mengambil pil itu untuk mencegah kehamilan.

Sebaliknya, pendapat yang menyokong hasil kajian asal mendebatkan teori kemungkinan hormon dalam pil perancang kehamilan mengubah keadaan permukaan serviks sehingga mencetuskan pembentukan kanser. Pil perancang kehamilan adalah antara kaedah yang berkesan dengan syarat anda perlu mengambilnya mengikut peraturan.


Keunikan kanser serviks berbanding kanser lain adalah ia boleh dicegah kerana mempunyai suatu peringkat penyakit yang mudah dikesan dan jika penyakit ini dirawat, ia dapat mengelakkan kanser serviks.

Sebaliknya jika penyakit ini tidak dirawat, ia boleh berubah kepada kanser. Penyakit ini dinamakan Carcinoma Intraepithelial Neoplasia (CIN) yang boleh disaring menggunakan ujian pap smear dan jika disyaki, ia kemudian boleh disahkan melalui ujian histopatologi ke atas biopsi serviks.

Meskipun begitu, pencegahan kanser serviks boleh dilakukan sama ada menerusi suntikan vaksin atau ujian pap smear secara berkala. Suntikan vaksin dianggap sebagai kaedah pencegahan utama manakala pap smear pula adalah tahap pencegahan sekunder. Jadi, ia adalah satu kombinasi pencegahan yang amat penting.

Image result for kanser serviks

Malangnya, di negara kita, masih ramai yang tidak menjalani ujian saringan pap smear ini.

Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) 
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia
Kubang Kerian, Kelantan.



No comments

Powered by Blogger.