Header Ads

Perompak ‘Kantoi’ Pecah Masuk Rumah Kerana Bau Kaki Yang Sangat Busuk..



Jika anda pernah berjumpa dengan orang yang berbau busuk, anda pasti akan mengalami pengalaman yang buruk. Terutama apabila anda duduk bersebelahan dengan mereka.

Baru-baru ini, China Press melaporkan seorang pencuri telah berjaya memecah masuk ke sebuah rumah di Beijing, China pada 4 Mac. Untuk mengelakkan meninggalkan apa-apa bukti, pencuri yang ‘pintar’ itu memakai sarung tangan dan menanggalkan kasutnya sebelum memasuki rumah tersebut.


Walau bagaimanapun, rancangannya tidak berjalan dengan lancar apabila pemilik rumah tersebut pulang ke rumah sebelum pencuri itu sempat mencuri apa-apa barangan di dalam rumah itu. 

Perasan kehadiran pemilik rumah, pencuri itu dengan segera bersembunyi di bawah katil, dengan harapan kehadirannya tidak disedari.


Kalau di dalam filem pencuri selalunya ‘kantoi’ kakinya terdedah keluar daripada bawah katil atau kelam kabut melarikan diri daripada tempat kejadian. Namun, dalam kejadian ini pencuri ini ‘kantoi’ dengan cara yang agak lucu.

Pemilik rumha terbau ‘aroma’ aneh yang agak berbau busuk ketika dia berada di dalam rumah. Ingin tahu di mana bau yang tidak menyenangkan itu datang, dia mengikuti bau yang akhirnya membawanya ke kaki tetamu yang tidak diundang di bawah katil. ‘Kantoi’ lah!


Pencuri kaki berbau yang tidak bernasib baik itu diserahkan kepada pihak polis Hanshan County.

Pemilik rumah itu menasihati orang ramai supaya mengetatkan langkah keselamatan rumah, dengan memastikan tingkap dan pintu sentiasa dikunci sebelum meninggalkan rumah, serta tidak meninggalkan apa-apa barang berharga di rumah.

Kejadian itu dimuat naik di laman media sosial China Weibo oleh polis tempatan di akaun rasmi Weibo mereka, yang menggelitik hati netizen China.


Kebanyakan mereka menyatakan simpati mereka terhadap pemiliknya, dengan mengatakan bahawa bau itu pasti sangat busuk sehingga dia dapat mencari pencuri itu.

Ada yang bergurau bahawa ia akan menjadi mimpi ngeri untuk tahanan lain berkongsi lokap yang sama dengannya di balai polis.


Kredit: Era baru

No comments

Powered by Blogger.