Header Ads

"Okay Acik Beyonce, Acik Dah Boleh Rest Lah." Video Comel Lara & Awal Nyanyi Perfect Curi Hati Peminat..


Siapa tidak kenal Lara Alana, anak perempuan kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Setiap perangai dan tingkahlaku comel anak ini pasti menjadi perhatian netizen sejak bayi lagi. Malah, dia antara anak selebriti yang mempunyai pengikut seramai 3.1 juta di Instagram.

Terbaru, Lara telah menghiburkan hati peminat dengan memuat naik video nyanyian bersama ayahnya, Awal di Instagram. Jom kita layan mereka ni nyanyi. Sedap tak?

Lagu Perfect


Video berdurasi dua minit ini menyaksikan Lara menyanyi lagu Perfect yang didendangkan penyanyi asal Ed Sheeran duet Beyonce. Gelagat Lara ini tidak dapat dinafikan lagi kecomelannya apabila dia mula menyanyikan lagu tersebut.

Maaf, mak cik Beyonce

Lepas ini Beyonce tak boleh cari makanlah. Nyanyian santai itu dinyanyikan oleh dua beranak ini dalam kereta ketika dalam perjalanan menghantar Lara ke sekolah. Video tersebut dimuat naik dalam dua kompilasi nyanyian Lara bersama Awal.

Netizen geram




Malah, video yang dimuat naik mendapat perhatian netizen yang tak habis memuji kecomelan anak Awal dan Scha ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi kecomelan anak cilik ini yang tak habis mencuri perhatian peminat.
Sumber:LaraAlanaa


Kredit: Ohbulan

No comments

Powered by Blogger.