Header Ads

Mengapa Lelaki Menjadi Semakin Bengis Apabila Usia Meningkat? Ketahui Penjelasan Saintifik Di Sebalik Sindrom ‘Lelaki Menopause’ Ini..

Image result for angry old man

Mengapa agaknya lelaki akan menjadi lebih bengis, pemarah dan bengkeng apabila usia makin meningkat? Semakin tua seseorang lelaki, mereka akan menjadi semakin tegas dan berani bersuara.

Misalnya, marah pada kanak-kanak yang sedang bermain di luar rumah, marah tentang berita yang disiarkan di kaca televisyen, merajuk dan sebagainya. Jadi, jangan sesekali cuba untuk mengganggu ketenteraman mereka jika tidak mahu diherdik tanpa semena-mena.


Tingkah laku pemarah dalam kalangan lelaki berumur ini sebenarnya bukan sahaja dapat dilihat di alam realiti tetapi juga seringkali diselitkan dalam karakter kartun seperti watak animasi Carl Fredricksen dalam filem Up.

Menurut Carol Wyer, penulis buku ‘How Not To Murder Your Grumpy’, perubahan tingkah laku dalam kalangan lelaki berumur ini disebut sebagai ‘sindrom lelaki marah’. Tempoh ini dikatakan berlaku apabila seseorang mencecah umur 70-an.


Lelaki akan kerap mengalami situasi ‘bad mood’ seperti wanita yang sedang datang bulan memandangkan paras hormon testosteron mereka berkurangan.

“Testosteron adalah hormon yang menumbuhkan otot, mengurangkan lemak dalam badan, memberi kesan kepada tenaga dan meningkatkan keinginan seksual”.

“Bagaimanapun, ia juga mempunyai kesan kepada saraf-psiko dan segelintir lelaki yang terlibat dalam kajian kami menunjukkan kesan-kesan seperti tiada mood dan selalu marah,” jelas Dr Ridwan Shabsigh, pakar urologi.


Tambah beliau lagi:

“Pesakit dengan kadar testosteron rendah menyatakan bahawa mereka sukar untuk memberikan perhatian selain sukar untuk bertoleransi dengan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian sama ada daripada keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja dan juga pelanggan”.

“Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka akan berasa marah dengan orang sekeliling. Keupayaan untuk bertolak-ansur semakin berkurangan apabila kadar testosteron menjadi rendah”.


Selain perubahan hormon yang drastik dan juga perasaan bimbang dengan keadaan fizikal, sikap pemarah ini juga boleh dicetuskan oleh peristiwa-peristiwa tertentu yang membawa perubahan besar dalam kehidupan. Antara peristiwa yang dimaksudkan adalah waktu persaraan.


Lelaki akan berasa seperti dirinya tidak lagi berguna apabila sudah bersara. Hal ini sekali gus boleh memberikan tekanan dan mengakibatkan kemurungan. Tambahan pula, sikap semulajadi kaum lelaki yang lebih cenderung untuk memendamkan segala masalah sendirian membuatkan mereka menjadi mudah naik angin.


Tidak seperti kaum wanita yang mudah untuk berkongsi masalah peribadi masing-masing kepada rakan atau bertemu dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat serta perubatan, lelaki tidak akan melakukan perkara sebegitu.

Faktor lain yang turut menyumbang kepada kelakuan ini adalah seperti:
  • Masalah kesihatan
  • Tertekan kerana tidak lagi mampu untuk mencapai matlamat hidup
  • Melihat orang tersayang atau rakan-rakan meninggal dunia seorang demi seorang


Jadi bagi mengelakkan diri anda daripada mengalami sindrom ‘menopaus lelaki’ ini, apa yang anda perlu lakukan adalah banyakkan bersabar. Fahamkan diri anda bahawa ini adalah fasa normal dalam kehidupan manusia.

Pastikan anda melakukan perkara-perkara positif seperti bersenam, makan makanan sihat, penuhkan rutian harian dengan hobi yang menghiburkan, dekatkan diri kepada Tuhan dan sebagainya.

No comments

Powered by Blogger.