Header Ads

"Lukanya Dalam,Perlu Dijahit Tiga Lapisan Secara Pembedahan Dan Bius Seluruh Badan." Anak Salima Perlu Jalani Pembedahan Plastik Akibat Jatuh..



ANAK lelaki kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Salima terpaksa menjalani pembedahan plastik di bahagian dagunya selepas kanak-kanak itu mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam bilik air.

Salima berkata, Syed Ahmad Rayyan yang berusia tiga tahun itu mengalami luka agak parah dan memerlukan tiga lapis jahitan.


"Sampai di klinik bila tengok lukanya agak dalam dan doktor mencadangkan pergi ke hospital sebab untuk luka Rayyan tidak boleh menggunakan bius biasa sebaliknya perlu bius seluruh badan.

"Kami pergi ke hospital pertama, doktor terus nasihatkan untuk pembedahan plastik sebab kalau jahit biasa akan tingalkan parut yang buruk dan lukanya dalam, tidak boleh sekadar jahit luar tetapi hospital tersebut tiada pakar untuk pembedahan plastik.

"Kami suami-isteri terus ke hospital yang seterusnya dan bila tengok luka Rayyan, doktor beritahu lukanya perlu dijahit tiga lapisan secara pembedahan," tulisnya dalam Instagram.

Rayyan selamat menjalani pembedahan plastik pada bahagian dagunya.

Dalam pada itu, Salima atau Nor Salima Habibi, 30, memberitahu ketika kejadian kanak-kanak itu berada di rumah pengasuh dan apabila dimaklumkan mengenai hal berkenaan dia segera membawa anaknya ke hospital.

"Rayyan terjatuh dalam bilik air pagi tadi (Ahad) dan luka di dagunya ketika berada di rumah pengasuh dan saya terus pergi ambil dan bawa ke klinik.


"Rayyan bukan seorang budak yang lasat sangat, dia jenis yang berhati-hati. Pengasuhnya pun hati-hati dan baik, Mommy pun jenis hati-hati bab keselamatan anak.

"Tapi inilah dikatakan malang tidak berbau, sesuautu yang Allah takdirkan pasti ada hikmahnya," jelasnya.

Menerusi posting berlainan, Salima memberitahu Rayyan selamat menjalani pembedahan pada pagi Isnin dan kini berada dalam keadaan baik.


"Selesai dah Alhamdulillah... terima kasih semua yang mendoakan," tulisnya.

Salima berkahwin dengan Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013.

Sumber: mStar Online

No comments

Powered by Blogger.