Header Ads

'Lelaki Dalam Kotak Kaca'. Pasaraya Ini Tawarkan Sewa 'Teman Lelaki' Kacak Dengan Harga 62sen Sejam..



BANYAK benda boleh disewa di China, termasuk basikal, payung, malah alat bantu seks dengan hanya mengimbas menggunakan telefon dan kini, wanita boleh menyewa ‘teman lelaki’ menemani mereka membeli-belah.

Related image

Hujung minggu lalu, ratusan wanita membanjiri pusat beli-belah di Haikou, China, cuba menyewa ‘teman lelaki’ kacak dengan harga satu yuan (62 sen) sejam.


Enam lelaki dengan ketinggian tidak kurang enam kaki, dipamerkan dalam kotak kaca dihiasi lampu neon pada hari pusat beli-belah berkenaan memulakan perkhidmatan itu pada 24 Disember sempena Krismas.

Related image

Related image

Daily Mail yang memetik Haikou Net, melaporkan menurut kenyataan pusat beli-belah itu, pelanggan boleh menyewa lelaki terbabit sebagai teman lelaki sementara dengan mengimbas kod QR di luar kotak kaca.

Image result for boyfriend to rent in china

Seorang wanita dibenar menyewa seorang lelaki selama sejam dan hanya boleh menghabiskan masa bersama dalam pusat berkenaan.


Stacy Tian dari jabatan perancang acara pusat berkenaan, berkata pihaknya mendapat idea daripada budaya menyewa yang popular di China bagi memperkenalkan perkhidmatan itu.

“Kita sudah memasuki era terlalu ramai wanita bujang di China.

“Selain itu, ramai pelanggan kami adalah wanita dan kami mahukan mereka ditemani seorang ketika Krismas,” katanya.


Perkhidmatan sewa teman lelaki itu hanya disediakan pada 24 dan 25 Disember lalu, antara 3 petang hingga 9 malam dan pusat beli-belah berkenaan sedang menimbang untuk meneruskannya.

Menurut Stacy, pihaknya tidak menjangka ramai wanita datang untuk menyewa lelaki terbabit.

“Kami tidak menjangka sambutan yang sebegini,” katanya.

Related image

Menurutnya, semua teman lelaki upahan itu adalah pekerja pusat beli-belah berkenaan selepas gagal mendapatkan calon daripada kalangan orang awam bagi memenuhi kriteria kacak, tinggi dan menawan.

Seorang pelanggan wanita berkata, dia diberitahu rakan mengenai perkhidmatan itu.

“Saya diberitahu ada lelaki boleh menemani saya membeli-belah dan bergambar.

“Hari ini Krismas. Saya boleh gunakan rakaman suasana romantik kami dengan kawan-kawan melalui WeChat,” katanya.

Seorang teman lelaki upahan itu, Zhuang, berkata dia memberi khidmat kepada empat wanita berusia awal 20-an tanpa membabitkan sentuhan fizikal yang dilarang.

“Saya membeli belah dengan mereka, membantu membawa beg dan bergambar,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.