Header Ads

Kejamnya! Penduduk Kampung Bunuh 'Harimau Jadian Kepala Manusia' Dan Curi Beberapa Organ, Pihak Berkuasa Datang Lakukan Siasatan..


SEEKOR harimau Sumatera dibunuh dengan kejam oleh penduduk Kampung Bankelang di Kabupaten Mandailing Natal, Sumatera Utara.

Pembunuhan spesies yang dilindungi dan semakin terancam itu dilaporkan didorong oleh kepercayaan tahyul penduduk kampung.

Related image

Menurut pihak berkuasa, penduduk di Bankelang mengalami masalah dengan kehadiran harimau di kawasan itu, dengan khabar angin menyatakan harimau itu sebenarnya seekor harimau jadian dengan kepala manusia.


Dua minggu yang lalu, seorang penduduk kampung masuk ke hutan untuk mengesahkan khabar angin itu, yang mana dia kemudian cedera parah selepas digigit harimau tersebut.

"Harimau ini tidur di bawah rumah sebelum beberapa penduduk menikam perutnya beberapa kali menggunakan tombak," kata ketua daerah Batang Natal, Lion Muslim kepada Jakarta Post.

Penduduk kampung kemudian membunuh harimau itu dengan tombak sebelum ditembak oleh polis tempatan.


"Pegawai Konservasi Sumber Daya Alam (BBKSDA) Sumatera Utara sudah seminggu berada di Desa Bangkelang melakukan pemantauan.

Related image

"Petugas sudah berupaya menghalau harimau itu masuk ke perkampungan serta melarang penduduk membunuhnya. Namun ia tidak diendahkan," kata Ketua BBKSDA Sumatera Utara, Hotmauli Sianturi memetik Tempo.

Bedah siasat dilakukan. -foto Mongabay Indonesia

Penduduk kampung kemudian mengangkat bangkai harimau, menggantungnya di tiang di bawah siling balai awam kampung untuk dipamerkan kepada penduduk kampung.

Related image

Gambar mengerikan itu tular di media sosial.

BBSKDA menghubungi polis wilayah untuk membantu memastikan bangkai harimau tidak diapa-apakan dan untuk tujuan bedah siasat.


Mereka menyatakan bahawa beberapa organ harimau itu hilang.

Tiada tangkapan telah dibuat setakat ini. Di bawah undang-undang Indonesia, membunuh spesies yang dilindungi boleh dihukum hingga lima tahun penjara.

Image result for Kampung Bankelang di Kabupaten Mandailing Natal, Sumatera Utara.

Image result for Kampung Bankelang di Kabupaten Mandailing Natal, Sumatera Utara.

Harimau Sumatera dianggap sangat terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, dengan hanya 400 hingga 500 ekor masih hidup.

Kredit: Astro awani

No comments

Powered by Blogger.