Header Ads

"Kami Berjanji Untuk Tua Bersama, Apabila Terfikir Dia Boleh Sembuh, Namun Lama-Kelamaan Ianya Hilang.” Suami Pelari Maraton Kongsi Kesedihan Saat Kehilangan Isteri Tercinta..


KUALA LUMPUR: Suami kepada Evelyn Ang mengakui belum bersedia melepaskan pemergian pelari maraton yang meninggal dunia pada Khamis.

"Dia merupakan sebahagian diri saya. Kami merancang untuk tua bersama," jelasnya selepas majlis pengebumian Ang pada Jumaat.


Dia berharap apa yang dilalui ini adalah sukar dan berharap orang lain tidak mengalaminya.

"Saya diberi masa 81 hari untuk berada disisinya.

"Ketika itu, apabila terfikir dia boleh sembuh, namun lama-kelamaan ianya hilang," jelas Loo.



Pun begitu, apabila melihat kaum keluarga amat bersabar, ia membuatkan dirinya lebih positif.

"Semua yang mengenali Evelyn mereka akan tahu bahawa dia adalah seorang yang sangat positif. Walaupun berada dalam kesakitan, dia tidak pernah tunjuk kepada keluarga.


Related image

Image result for Evelyn Ang

"Saya akan cuba meneruskan hidup dan hadapinya. Tetapi jika anda tanya, saya sebenarnya belum bersedia untuk melepaskannya," ujarnya.


Ang,,44, telah menjalani sebelas pembedahan apabila mengalami pendarahan di otak, keretakan tempurung kepala selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika menyertai Larian Maraton Antarabangsa Banda Klang 2017 Disember lalu.

Dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan di kepala dan tangan.

VIDEO:


Kredit: mStar Online

No comments

Powered by Blogger.