Header Ads

“Jangan Merungut,Sekurang-Kurangnya Korang Semua Masih Ada Suami, Bersyukurlah Dan Jangan Hanya Melihat Kekurangan” - Nora Ariffin..



PENYANYI Nora Ariffin berkata dia sering mendengar rungutan dan luahan tidak puas hati daripada isteri terhadap suami masing-masing.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 45, berkata adalah tidak wajar seorang isteri hanya melihat kekurangan suami semata-mata, sebaliknya perlu muhasabah diri dan memperbetulkan kesilapan bersama.


"Saya selalu lepak bersama kawan-kawan dan topik utama adalah tentang suami masing-masing. Macam-macam hal, complain dan tak puas hati.

"Saya hanya tersenyum dan kata sekurang-kurangnya korang semua masih ada suami, bersyukurlah dan jangan hanya melihat kekurangan.

"Perbetulkan diri kita, muhasabah diri kerana kita juga banyak kekurangan dan buang ego," tulisnya.


Penyanyi lagu Desa Tercinta ini membuat luahan tersebut menerusi Instastory di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Nora berpendapat dalam melayari alam rumah tangga tiada seorang pun suami atau isteri yang bersifat sempurna.

Nora berkongsi luahan di laman Instagram.

Ujarnya, setiap manusia harus reda dengan perkahwinan tersebut dan menerima baik atau buruk pasangan masing-masing.

"Peringatan buat semua wanita, tidak ada isteri atau suami yang sempurna, namun dia adalah jodoh kita. Kita kena terima baik dan buruk mereka.


"Kena ada reda suami dan reda Allah. Bayangkan kalau satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya," katanya lagi.

Terdahulu, suami Nora yang juga merupakan komposer iaitu Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.