Header Ads

'Ingatkan Sakit Perut Biasa, Wanita Tak Sedar Bersalin'. Bayi Baru Dilahirkan Jatuh Ke Dalam Tandas Dan Terus Ke Laluan Pembentungan..


SEORANG bayi baru dilahirkan diselamatkan daripada lemas dalam pembetungan selepas ibunya tidak menyedari dia sebenarnya bersalin ketika menggunakan tandas di stesen minyak di Daerah Mei, wilayah Shaanxi.

Laporan media China melaporkan, dalam kejadian 28 Februari lalu, wanita berusia 20-an itu memberitahu polis, dia mendakwa tidak sedar melahirkan anak ketika menggunakan tandas.


Wanita itu meninggalkan tandas dan meneruskan perjalanan ke hospital untuk pemeriksaan kehamilan.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan Beijing News, pekerja stesen minyak itu terdengar bayi menangis dalam pembetung lalu menghubungi pihak berkuasa.

Image result for Chinese newborn baby is saved from a cesspit at petrol station

Sepasukan 14 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan mereka mengepam oksigen ke dalam pembetung sebelum mula memecahkan penutup dan menemui bayi lelaki terbabit.


Menurut polis, bayi berkenaan ditemui terapung dalam pembetung itu dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan masih bertali pusat.

Image result for Chinese newborn baby is saved from a cesspit at petrol station

Bayi berkenaan dilaporkan sihat tanpa masalah kesihatan walaupun terjatuh ke dalam pembetung.

Polis meneliti rakaman CCTV dan mengesan wanita terbabit di hospital.


Doktor yang memeriksa kehamilannya mendapati wanita itu sudah bersalin lalu ditahan di wad sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Jurucakap polis dikenali sebagai Tian, berkata wanita itu menyangka dia sakit perut ketika ke tandas.

“Dia masih muda dan tiada pengalaman melahirkan anak,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.