Header Ads

Harga Kobis Meningkat 2 Kali Ganda, Petani Tomato Tekad Curi Kobis Ladang Jiran Untuk Di Jual Di Pasaran..



NAGOYA: Penanam tomato ditahan kerana disyaki mencuri sejumlah besar hasil tuaian kubis Cina pemilik ladang berdekatan selepas mendapati harga sayur itu meningkat di pasaran sejak tahun lalu.

Ikuo Shiono, 40, disyaki mencuri kira-kira 160 kubis Cina bernilai 80,000 yen.

Kejadian pada akhir Januari lalu itu berlaku di ladang Toyohashi, wilayah Aichi.


Shiono telah mengaku melakukan tindakan itu kerana menganggap ia akan dapat dijual pada harga lebih tinggi jika dibawa ke pasar.


Beliau juga mendedahkan telah tiga kali melakukan perbuatan sama pada Januari dan Februari tahun ini.

Siasatan juga menemui resit penjualan kubis itu di kediaman suspek dan percaya sayur yang dicuri itu telah dibawa ke pasar di sini untuk dijual.


Harga sayur-sayuran di Jepun meningkat susulan ribut dan cuaca sejuk yang melanda negara itu.

Pada akhir Februari, harga kubis Cina, kubis dan lobak Jepun meningkat dua kali ganda.

Kementerian Pertanian menjangka harga kedua-dua jenis kubis itu akan terus meningkat sepanjang Mac ini.-JapanToday




No comments

Powered by Blogger.