Header Ads

Gadis Ini Dilahirkan Dengan Sindrom Pierre Robin, Dibesarkan Oleh Ibu Bapa Yang Buta, Namun Gadis Ini Tekad Untuk Teruskan Hidup Sehingga Berjaya, Kisah Penuh Inspirasi!



Setiap orang dilahirkan dengan ujian dan cabaran hidup yang berbeza. Namun begitu, sehebat manapun cabaran yang dihadapi ianya tidak lain dan tidak bukan untuk membuatkan kita lebih kuat dan tabah dalam menjalani hidup.

Seperti gadis berusia 23 tahun ini walaupun dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna dan dibesarkan oleh ibu bapa yang buta dia tetap cekal menjalani hidupnya. Dia bahkan menjadikan kecacatannya sebagai penguat untuk dia terus berjaya.


Eunice Lee, 23 telah dibesarkan oleh dua ibu bapa yang cacat penglihatan.

“Ibu saya, Puan Wong, mengalami Artritis, Sindrom Tunnel Carpal dan hampir buta sementara ayah saya, Encik Lee, benar-benar buta dan telah didiagnosis menghidapi diabetes, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.”


Eunice Lee pula telah dilahirkan dengan Sindrom Pierre Robin (set kelainan fizikal yang memberi kesan kepada kepala dan muka) dan Glaucoma (penyakit mata yang boleh menyebabkan buta).

Nasib baik, dia pernah menjalani rawatan semasa bayi dan ketika berada di sekolah rendah membolehkan dia membendung sedikit sebanyak penyakit yang dihidapi.


Gambaran bayi dengan menghidapi Sindrom Pierre Robin; untuk tujuan ilustrasi sahaja 

Sumber: Pediatrik Clerkship

Ibu Eunice akan bangun setiap pagi untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarga dan pada waktu tengah hari dia akan membersihkan rumah.

Pada waktu malam pula, dia akan memasak makan malam dan menghabiskan masa bersama dengan anak-anaknya. Ayahnya di sisi lain, walaupun benar-benar buta, dia adalah seorang guru sepenuh masa.


Puan Wong (kiri) & Eunice |


Pada usianya baru mencecah 15 tahun, Eunice mula mengalami kemurungan dan pada usianya menccecah 17 dan 18, dia telah didiagnosis dengan Gangguan Kemurungan Utama (Major Depressive Disorder) dan Gangguan Bipolar dengan Gangguan Peribadi Borderline. Dia juga juga mula mengalami Astigmatisme (penglihatan kabur).



Di sekolah dia menjadi mangsa buli rakan-rakan dan guru kerana masalah penglihatan dan isu mental yang dihidapi. Gosip mengenainya tidak pernah berhenti.

Akibatnya dia mengaku bahawa dia pernah terfikir untuk membunuh diri. Tidak hanya itu dia juga pernah dimasukkan ke wad Psikiatri beberapa kali.

Walau segetir manapun ujian yang dihadapi, Eunice tetap berjaya menghadapinya.


Dengan pengalaman hidup yang ada dia berharap agar suatu hari nanti dia dapat menjadi seorang pakar mental yang profesioanl.

Dia bercita-cita untuk bekerja sebagai seorang ahli psikologi klinikal di klinik atau NGO untuk membantu orang lain menghadapi isu yang sama.


Walau bagaimanapun, Eunice tetap bersyukur dengan apa yang dimiliki dalam hidupnya terutama ibunya yang selalu menyokongnya dan menjadi tonggak kepada kekuatannya walaupun dia sendiri mempunyai kecacatannya sendiri.


“Orang kurang upaya adalah seperti orang biasa. Kami bukan tidak mempunyai kebolehan, tetapi kami mempunyai kebolehan yang berbeza. Kami masih boleh berfungsi dan menjalani kehidupan secara normal. “


Eunice, yang kini sedang menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains dalam bidang psikologi, berharap agar suatu hari nanti rakyat Malaysia tidak lagi memandang serong kepada mereka yang kurang upaya. Dia juga berharap agar lebih banyak majikan yang akan mengambil mereka yang kurang upaya untuk bekerja.


No comments

Powered by Blogger.