Header Ads

"Dia Sudah Tiada Harapan, Hanya Mengharapkan Keajaiban Berlaku." Kesetiaan Wanita Ini Terhadap Kekasihnya Yang Hidap Kanser Tahap 4 Buat Doktor Kagum..



PASANGAN muda dari Thailand ini telah menunjukkan semangat dan kekuatan luar biasa dalam berdepan satu situasi yang dahsyat.

Pooh Chokchai Kaew, 21, menghidap kanser mata yang kini merebak di mukanya dan boleh mengancam nyawa.

Image result for Pooh Chokchai Kaew, 21

Related image

Doktor sudah tidak ada cara untuk merawat kansernya yang berada di peringkat akhir, bagaimanapun, Kaew tetap mengharapkan berlaku keajaiban untuk dia pulih.


Kaew bernasib baik mempunyai sokongan luar biasa daripada teman wanitanya, Atittaya Chumkeaw yang menunjukkan betapa dia mencintai pasangannya yang sedang sakit itu.

Image result for Pooh Chokchai Kaew, 21

Chumkeaw, yang berasal dari Songkhla menyiarkan gambar menyambut sambutan ulang tahun perkenalan mereka, dengan keterangan 'Ulang tahun ketiga, cinta masih sama.'

-foto AsiaWire Posting menyentuh hati oleh Chumkeaw dalam keadaan sedemikian membuatkan netizen sebak dan tidak lama kemudian dikongsi oleh kumpulan yang dikenali sebagai 'True Buddhism'.

'True Buddhism' mendapat maklumat terperinci tentang hubungan mereka berdua dan memuji Chumkeaw kerana ketabahan dan kesetiaannya.

"Lelaki muda itu menderita kanser peringkat akhir yang telah merebak di seluruh wajahnya.

Image result for Pooh Chokchai Kaew, 21

"Keluarga mendedahkan doktor tidak mempunyai cara untuk merawatnya, dengan radioterapi atau kemoterapi tetapi lelaki ini masih mengharapkan keajaiban dan tumor akan hilang.

"Posting ini bukan untuk memberikan harapan palsu kepada pesakit kanser. Saya mengagumi gadis ini yang sentiasa bersama pasangannya. Pengikutnya menyatakan cinta yang diberikan kepada teman lelakinya adalah perkara terbaik yang boleh ditawarkannya. Ia mungkin akan menyebabkan keajaiban berlaku."



Image result for Pooh Chokchai Kaew, 21

Setelah dikongsi oleh 'True Buddhism', kisah pasangan ini tular, dengan ramai peminat baharu memberikan pujian dan sokongan.


"Saya percaya ini adalah cara luar biasa untuk syurga dan Bumi mencipta keajaiban," tulis seorang netizen.

Seorang lagi menulis: "Terus berjuang, kamu berdua".


Menurut media tempatan, kanser Kaew bermula sebagai retinoblastoma (Rb). Biasanya ditemui dalam kalangan kanak-kanak, Rb berkembang di dalam sel-sel retina tidak matang; tisu pengesan cahaya di belakang mata.


Menurut laman web NHS, Rb boleh dirawat dan disembuhkan jika dikesan lebih awal.

Walau bagaimanapun, sel-sel kanser pemusnah kini telah merebak ke wajahnya, walaupun dia menjalani pembedahan serta dua pusingan kemoterapi.


Pasangan ini dilaporkan gembira kerana mendapat sokongan di internet dan menyatakan harapan untuk meningkatkan tahap kesihatan untuk Kaew dan penghidap kanser lain di seluruh dunia.

Menulis di Facebook tahun lepas, Chumkeaw menceritakan tentang cinta mereka.

Related image

Image result for Pooh Chokchai Kaew, 21

Image result for Pooh Chokchai Kaew, 21

"Kami akan berganding tangan dan berjalan bersebelahan selamanya. Kami akan menyokong satu sama lain selama-lamanya."

Dalam posting lain dia menulis: "Cinta yang saya pilih mungkin bukan mimpi. Tetapi ia adalah cinta yang bahagia." -unilad

Kredit: mStar Online

No comments

Powered by Blogger.