Header Ads

"Baby Number 3 Wants To Say Hello" - Vivy Yusof Hamil..



Pengasas Fashion Valet dan jenama popular Duck Scarves, Vivy Yusof telah mengumumkan berita kehamilan anak ketiganya semalam.

Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, Vivy memaklumkan dia kini sedang berbadan dua dan kisah itu dikongsikan dalam kolum tulisannya di sebuah akhbar tempatan.



"Baby number 3 wants to say hello," tulisnya berserta tanda pagar #blessed #fadzaitsyoursfyi.

Perkongsian gambar itu telah mendapat lebih 7,000 komen peminat dan 157,000 likes.

Vivy bagaimanapun tidak berkongsi usia kandungannya namun menceritakan detik dia melakukan 20 ujian kehamilan sebelum mengesahkan berita itu.

"Sepanjang beberapa bulan saya melakukan pelbagai ujian kehamilan dan keputusannya semua negatif!


"Akhirnya pada satu hari percubaan saya berhasil dan menghantar keputusan itu kepada suami saya.

"Anak pertama kami umumkan dengan satu majlis besar, anak kedua diraikan dengan makan malam romantik dan anak ketiga hanya sekeping gambar Whatsapp sambil menguap,"
tulisnya.

Vivy telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Fadzarudin Shah Anuar sejak enam tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.


Dalam perkembangan lain, Vivy kini sibuk dengan produksi rancangan realiti pencarian pereka fesyen tempatan, GenF yang melantiknya sebagai juri tetap bersama Datuk Rizalman Ibrahim.

GenF bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: Astro Gempak
Foto: IG @vivyyusof

No comments

Powered by Blogger.