Header Ads

“Ambillah Kalau Nak Sangat Suami Aku, Kita Jumpa Di Mahkamah”.- Isteri Kesal Dimadukan Dan Mahu Saman Orang Ketiga Kerana Mengganggu Rumah Tangganya..



Viral di media sosial luahan hati seorang wanita yang kesal diduakan oleh suami tanpa pengetahuannya, mengundang rasa simpati netizen. 

Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Siti berkata, ramai yang terserempak dengan suaminya bersama dengan seorang wanita yang tidak bertudung sehingga dia menerima banyak pertanyaan dari kenalannya bertanyakan tentang perkara itu.

"Bismillah. Supaya tiada lagi orang-orang yang bertanya, call, WhatsApp sehingga telefon bimbit tak berhenti berbunyi, jadi saya jelaskan segalanya di sini. 


"Yang bawa kereta Perodua Myvi nombor pendaftaran JPX92** itu bukan saya. Yang korang nampak dengan dia di CS, JPO, Jusco, itu bukan saya. Yang selalu di kelab malam itu pun bukan saya. 

"Saya masih bekerja di tempat yang sama, tinggal di tempat yang sama dan masih orang yang sama. Masih bertudung cuma status yang berbeza. 

"Saya nombor satu, tetapi bukan nombor satu di hati dia (suami). Yang korang nampak free hair itu, (isteri) nombor dua. 




"Kusutlah, jangan tanya lagi. Disondol babi. Ambillah kalau awak nak sangat. Jumpa awak di mahkamah. Kami tak perlukan awak, anak saya harta dunia akhirat saya," katanya. 


Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan, Siti pernah berhubung dengan wanita berkenaan pada September 2017 di mana pada ketika itu, wanita itu menafikan mempunyai hubungan dengan suaminya. 



Difahamkan, suami Siti berkahwin dengan isteri keduanya itu di negara jiran pada November 2017 selepas mereka berkenalan beberapa bulan. Siti hanya mengetahui perkara wanita itu sebagai madunya pada Januari lalu.



Di dalam kapsyen gambar yang dikongsikan, Siti secara sinis menasihatkan pasangan itu agar tidak lupa mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia agar tidak sukar untuk menuntuk hak mereka di kemudian hari. 


Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan identitinya berkata, Siti tiada pilihan lain selain mengheret perkara itu ke mahkamah kerana rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga, selain mendakwa perkahwinan suaminya dengan wanita itu tidak didaftarkan di Malaysia. 

Carian di Facebook mendapati, wanita berkenaan telah menyahaktifkan akaun Facebooknya setelah status yang dimuat naik Siti itu viral di media sosial. 

Kredit: Thereporter

No comments

Powered by Blogger.