Header Ads

(12 Foto) Terharu! Demi Mahukan Zuriat Selepas Anak Tunggalnya Maut, Wanita Lumpuh Separuh Badan Sanggup Gadai Nyawa Untuk Hamil Sehingga Melahirkan Bayi Kembar..



Beijing: Demi mahukan zuriat selepas anak tunggalnya meninggal dunia, wanita yang lumpuh separuh badan dari Suizhou, wilayah Hubei, mempertaruhkan nyawa untuk hamil sehingga melahirkan bayi kembar.

Selama 40 tahun, setiap pasangan di China hanya dibenarkan mempunyai hanya seorang anak dan bagi pasangan yang kematian satu-satunya zuriat, kehidupan mereka boleh menjadi amat sunyi.


Itulah dialami Fang Zhiying, 48, dan suaminya, Pang Fangguo, 51, selepas anak lelaki mereka, Pang Ti, yang bertugas sebagai anggota bomba terbunuh dalam letupan kilang kimia, di Tianjin pada 2015 ketika berusia 24.

Image result for Fang Zhiying, 48
Anak pertama

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media China, pasangan itu sangat sedih dengan kematian anak mereka dengan Fang yang lumpuh tangan kanan akibat angin ahmar, paling terkesan dengan tragedi itu menyebabkan dia mengalami kemurungan melampau, hanya duduk di rumah sepanjang hari sambil memandang siling.


Pang yang tidak sanggup melihat isterinya bersedih, mencadangkan mereka mempunyai anak semula.

Selepas menjalani empat kali rawatan IVF dalam tempoh dua tahun, Fang akhirnya hamil dan doktor memberitahu kehamilannya sangat berisiko tinggi yang mungkin boleh meragut nyawanya.

Image result for Fang Zhiying, 48

Pada 14 Disember tahun lalu, kehidupan pasangan itu berubah selepas Fang melahirkan sepasang bayi kembar melalui pembedahan di Hospital Zhongnan di Wuhan.

Image result for Fang Zhiying, 48

Image result for Fang Zhiying, 48

Sebaik mendengar tangisan bayinya, Fang dilihat mengalirkan air mata kegembiraan di atas meja bedah.


Pasangan itu menamakan anak kembar itu Si Si dan Nian Nian yang bermaksud ‘Rindu’ dan ‘Mengingati’ supaya mereka sentiasa mengenang mendiang abang yang tidak pernah ditemui.

Image result for Fang Zhiying, 48

Image result for Fang Zhiying, 48

Mr Pang weeps as he talks about his late son, Pang Ti, who was killed in 2015 while trying to save the others in a massive fire

Pang memberitahu akhbar Changjiang Daily, dia dan isteri akan mendidik anak mereka menjadi seorang wira seperti Pang Ti.

Related image

Image result for Fang Zhiying, 48

Image result for Fang Zhiying, 48

For nearly 40 years, each Chinese couple was only allowed to have one baby due to the country's strict one-child policy (file photo)

No comments

Powered by Blogger.