Header Ads

10 Gambar Yang Masih Kekal Misteri Dan Masih Tidak Dapat Dirungkai Dengan Penyelidikan Saintifik Hingga Kini. Gambar Terakhir Pasti Membuatkan Bulu Roma Anda Meremang..

Misteri yang kekal misteri. Gambar terakhir pasti membuatkan bulu roma anda meremang

Misteri pasti kekal misteri. Walaupun kajian dan penyelidikan saintifik telah dijalankan untuk merungkai fakta di sebalik sesebuah misteri, kejadiannya pasti akan mengejutkan kita semua.

Makhluk asing misalnya adalah satu misteri yang sehingga kini masih belum berjaya dibuktikan lagi walaupun terdapat beberapa kejadian-kejadian aneh yang seolah-olah menunjukkan kepada kita semua tentang kewujudan makhluk asing.


Untuk mengetahui lebih banyak misteri di dunia ini, saksikan 10 gambar di bawah.

#10 Pembentukan objek bulat di permukaan planet Marikh.


Pada tahun 2004, Mars Exploration Rover Opportunity berjaya mengesan satu pembentukan aneh berbentuk bulat pada permukaan Marikh. Namun pada 2012, mereka sekali lagi berjaya menangkap gambar pembentukan yang sama. Bezanya kali ini, ianya bersaiz lebih besar dan lebih banyak!

#9 Wanita Babushka yang misteri.


Nama ini merupakan gelaran bagi wanita tidak dikenali yang dilihat berada di lokasi pembunuhan Presiden John F. Kennedy pada tahun 1963. Wanita ini dilihat sedang memegang kamera dan mungkin berjaya menangkap gambar pembunuhan tersebut.

Namun begitu, dia tidak pernah tampil sebagai saksi kejadian kepada pihak polis. Malah, tiada siapa yang mengenalinya sehingga membuatkan pihak polis dan FBI gagal menjejaki wanita misteri ini.

#8 Raksasa laut di Pulau Hook.


Gambar ini diambil oleh Robert Le Serrec pada Mac 1965 di Pulau Hook, Queensland. Menurut Robert, isterinya telah melihat satu objek aneh berbentuk seperti berudu gergasi pada dasar laut tersebut.

Dia dan isterinya kemudian memberanikan diri untuk memasuki ke dalam air bagi merakamkan kejadian itu. Pada ketika itulah, mereka menyedari ianya adalah satu makhluk gergasi yang berkemungkinan berukuran 75 hingga 80 kaki panjang!


Pada awalnya, makhluk tersebut hanya mendiamkan diri dan hal ini membuatkan Robert menyangka makhluk itu telah mati. Namun, sebaik sahaja dia mula merakam, makhluk gergasi tersebut terus membuka mulutnya dan menghampiri mereka. Robert dan isteri melarikan diri ke arah bot manakala makhluk tersebut berlalu pergi.

#7 Piring terbang ‘Black Knight’.


Piring terbang ini diberi nama ‘Black Knight’ dan ia sering dilihat memunculkan diri pada waktu-waktu tertentu. Menurut khabar angin, seorang lelaki bernama Nikola Tesla telah ‘menyekat’ isyarat daripada satelit misteri berkenaan pada tahun 1899 dengan menggunakan peranti radio bervoltan tinggi di Coloradi Springs.

Dalam tempoh 30 ke 50 tahun kemudian, isyarat tersebut terus ‘disekat’ sehinggalah tiba-tiba kodnya berjaya ditafsirkan. Oleh demikian, sejak tahun 1930-an, ahli astronomi sedunia dilaporkan telah menerima satu isyarat aneh yang didakwa datang daripada satelit ‘Black Knight’ tersebut.

#6 Penggunaan telefon bimbit pada tahun 1920-an.


Dalam video DVD pelawak terkenal zaman dahulu iaitu Charlie Chaplin bertajuk ‘The Circus’ yang ditayangkan pada 1928, anda dapat saksikan wujud satu karakter yang nampaknya sedang memegang telefon bimbit sambil bercakap dan bergelak ketawa.

Perkara ini membuatkan segelintir individu termasuk pengarah filem, George Clarke mendakwa akan kewujudan mesin pengimbas masa pada waktu itu.

#5 Objek ganjil di Laut Baltik.


Pada 2012, satu objek misteri seperti UFO telah dijumpai di dasar Laut Baltik oleh pasukan penyelidik. Misteri mengenai penemuan ini adalah, segala peralatan elektronik tidak akan berfungsi apabila penyelam mendekati objek berkenaan. Namun, sebaik sahaja berada pada jarak jauh, kesemua alat elektronik ini akan berfungsi seperti sedia kala.

Mungkinkah ini adalah piring terbang yang digunakan oleh makhluk asing? Pengkaji masih menyiasat mengenai perkara tersebut.

#4 Cahaya Hessdalen.


Cahaya Hessdalen merupakan penampakan cahaya yang sering dilihat di lembah Hessdalen, Norway. Pada tahun 2007, sekumpulan guru bersama dengan pelajar dan juga ahli saintis telah melancarkan satu kem bagi mengkaji fenomena tersebut secara terperinci.


Pada suatu malam, Bjorn G. Hauge telah berjaya mengambil gambar ini dan setelah melakukan analisis, didapati cahaya tersebut berpunca daripada gabungan silicium, iron, titanium dan juga scandium.

#3 Pembentukan piramid di Bulan.


Gambar ini telah diambil oleh Apollo 17 sewaktu pengembaraan terakhir ke bulan. Walaupun gambar ini tidak begitu jelas, anda pasti boleh melihat bentuk seperti piramid pada permukaan Bulan.

Adakah mungkin wujud piramid di Bulan?

#2 Angkasawan misteri.


Pada 23 Mei 1964, Jim Templeton yang merupakan seorang anggota bomba dikatakan telah mengambil beberapa gambar anaknya yang berusia lima tahun.

“Saya mengambil tiga gambar Elizabeth dalam posisi yang sama dan terkejut apabila melihat gambar kedua. Ada seorang yang kelihatan seperti angkasawan di belakang Elizabeth”.

Jelas Templeton lagi, dia langsung tidak menyedari akan kewujudan makhluk misteri itu sehinggalah dia melihat hasil gambar. Lebih mengejutkan lagi, seorang pakar penganalisis dari Kodak mengesahkan bahawa gambar berkenaan adalah gambar sebenar dan tidak mempunyai kesan suntingan.

#1 Hantu dalam gambar.


Ini adalah gambar potret sekumpulan juruterbang yang pernah berkhidmat semasa Perang Dunia Pertama. Gambar ini turut memperlihatkan kewujudan satu sosok misteri, seorang bekas mekanik penerbangan bernama Freddy Jackson yang dilaporkan telah meninggal dunia dua hari sebelumnya.

Upacara pengebumian mendiang Freddy telah dijalankan pada hari yang sama gambar ini diambil.

Terkejut?

Sumber: Ancient CODE

No comments

Powered by Blogger.