Header Ads

(VIDEO) "Saya Gembira Sangat, Rasa Nak Cium Tangan TPM." Impian Jadi Kenyataan, Mat Dan Kini Pemegang Status Penduduk Tetap Negara Malaysia..



Impian Muhamed Kareef Daniel Abdullah atau lebih popular dengan panggilan Mat Dan menjadi kenyataan apabila menerima kejutan selepas Timbalan Perdana Menteri meluluskan permohonan statusnya sebagai Penduduk Tetap (PR).

Menurut selebriti yang fasih berbahasa Melayu loghat Terengganu itu, dia masih sukar mempercayai permohonannya itu diluluskan selepas melalui proses yang ditetapkan.


"Jantung saya berdebar-debar sangat sampai nak gugur rasanya bila Timbalan Perdana Menteri panggil nama saya atas pentas secara spontan.


Related image

"Saya memang terkejut dan malu sangat sebab semua orang dalam majlis tu tumpu pada saya. Walaupun saya memang terlibat dalam bidang penyiaran, tapi perasaan malu tu tetap ada... perasaan jadi lain macam.


"Memang saya pun tidak menyangka bahawa TPM sendiri yang akan umum perkara tersebut. Paling saya tak sangka beliau akan panggil naik atas pentas dan umum perkara tu.

"Saya rasa ia satu impian yang menjadi kenyataan..boleh duduk di sini dan kini harapan saya agar saya boleh membuat sesuatu yang positif untuk Terengganu.


Related image

"Saya mula memohon menjadi rakyat Malaysia selepas sahaja saya kahwin, saya tahu ia tidak mudah tapi bila berita gembira ini datang.. saya rasa macam nak cium tangan TPM," katanya.


Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2009. Beliau mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Chendering, Terengganu Mac tahun lalu.

Jejaka yang berusia 28 tahun itu juga menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu kerana boleh menerima kehadirannya di negeri yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya yang menarik.

VIDEO:



Sumber: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.