Header Ads

(VIDEO) Bosan Dengan Lelaki, 30 Aktivis Wanita Mexico Ini Sanggup Kahwini Pokok..


DEMI menyelamatkan alam semula jadi, sekumpulan wanita di Mexico dilaporkan sanggup mengahwini pokok!


Lapor Metro.uk, lebih daripada 30 aktivis wanita memeterai perjanjian sehidup-semati dengan pokok-pokok berkenaan di dalam upacara perkahwinan yang diadakan di San Jacinto, Amilpas, wilayah Oaxaca, Ahad lalu.


Upacara perkahwinan yang mengikut tradisi mazhab Katolik tersebut dikatakan sebagai simbolik memupuk kesedaran khalayak ke atas isu pembalakan haram yang semakin membimbangkan di wilayah tersebut.




Difahamkan, Oaxaca merupakan salah satu dari lima negeri yang berhadapan dengan masalah pembalakan yang teruk dan ia dikawal oleh golongan penjenayah.


Justeru itu, upacara perkahwinan dengan pokok ini diadakan bagi membolehkan masyarakat sedar akan kepentingan memelihara sumber alam jadi.


Dalam upacara perkahwinan itu juga, kesemua wanita terbabit turut diminta menanam 16 jenis anak pokok lain.


Menurut ketua kumpulan aktivis, Richard Torres, beliau mengatakan perlindungan alam sekitar sepatutnya menjadi salah satu komitmen utama kerajaan kerana mereka dipilih oleh rakyat.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.