Header Ads

“Pergi Ke Tempat Orang Bawak Otak Bukan Bawak Pisau”. Memalukan, Rakyat Kita ‘Buat Hal’ Lagi Di Jepun!


MASALAH vandalisme dalam kalangan rakyat Malaysia bukan sahaja dilakukan keatas harta awam di negara, malah budaya negatif itu nampaknya ‘terbawa-bawa’ pula ke luar negara.

Orang kata, jauh perjalanan, luas permandangan. Tetapi jika permandangan saja yang luas tetapi akal dan moraliti masih di ‘tahap itu’, lebih baik duduk ‘diam-diam’ saja di negara sendiri!

Ambil saja contoh kes tidak bermoral yang dilakukan seorang rakyat Malaysia yang membuang air besar di dalam bilik mandi di Jepun yang kecoh tidak lama dahulu.
Baru-baru ini pula, budaya vandalisme ini sekali lagi ‘menyerang’ negara matahari terbit itu apabila sekumpulan rakyat Malaysia dipercayai mengukir nama mereka pada batang pokok buluh di Arashiyama Bamboo Grove yang terletak di Kyoto, Jepun.
Pusat pelancongan tersebut merupakan salah satu lokasi menarik di Jepun dan juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Melalui satu perkongsian Facebook oleh Farid Mustafa, jelas dilihat salah satu pokok puluh di taman itu telah diconteng dengan nama-nama si pesalah laku dan juga tarikh mereka mengunjungi taman itu.
Perkara itu disedari oleh seorang rakyat Malaysia yang mengunjungi taman tersebut dan merasakan perbuatan tersebut sebagai biadap apatah lagi ia dilakukan di negara orang.
“Belum pun kisah menyakitkan hati berak di shower oleh pelancong remaja dari Malaysia reda, tular pula isu vandalism conteng nama di buluh di Arashiyama Bamboo Groove Jepun kembali mengguris hati rakyat Malaysia yag pernah ke Jepun.
“Bak kata Malique, pergi ke tempat orang bawak otak bukan bawak pisau.

Pleaselah, jangan bawa sikap kekampungan bila ke tempat orang. Habis semua tempat kau nak conteng.
“Walau hanya buluh, tapi tempat tu telah dinobatkan sebagai tempat bersejarah oleh UNESCO. Tak beradab langsung,” tulis Farid melalui perkongsian tersebut.
Jika dilihat dari gambar yang dikongsi itu, perbuatan menconteng pokok buluh ini juga dilakukan oleh rakyat Jepun sendiri yang turut mengalami masalah yang sama.
Namun, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjaga adab dan kelakuan kita apabila berada di luar negara kerana dalam masa sama kita sedang membawa imej negara kita di mata dunia.

Jadi, amat penting untuk kita rakyat Malaysia sendiri mengubah sikap merosakkan harta benda awam yang jelas boleh menjejaskan identiti negara kita sendiri.

Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Tiada faedahnya kita melakukan perbuatan ini. Ia hanya menunjukkan satu mentaliti kelas bawahan yang nyata tidak boleh dibanggakan.

Kredit: mynewshub

No comments

Powered by Blogger.