Header Ads

“Orang Selalu Tanya Dah Ada Isi Ke Belum? Macam Mana Nak Ada Kalau Rasmi Pun Belum.”- 8 Bulan Berkahwin Tak Pernah Disentuh, Isteri Mula Curiga Dengan Suami Sendiri..



ASSALAMUALAIKUM. Saya baru berkahwin 8 bulan dengan lelaki pilihan keluarga. Sepanjang 8 bulan ini suami saya hulur duit nafkah dua kali tetapi dia tak pernah sentuh saya. 

Saya pernahlah cuba berkemban, pakai tuala dan baju seksi tapi suami buat tak tahu saja. Kadang-kadang bila saya buat begitu, suami akan peluk saya masa tidur. Saya pernah cuba peluk suami waktu tidur, esoknya suami terus mesej cakap dia tak suka saya peluk dia semasa tidur.


Saya stress, bila pergi mana-mana orang selalu tanya dah ada isi ke belum. Suami cuma diam saja bila orang tanya, saya juga yang nak kena jawab. Saya jawablah belum ada rezeki walaupun dalam hati rasa nak jawab macam mana nak ada, rasmi pun belum.

Suami saya ada seorang kawan baik lelaki, mereka memang rapat sebab kenal dari kecil. Yang buat saya kecil hati bila saya nak sambut hari lahir dengan dia, dia menolak sebab dah janji dengan kawan baik nak sambut sama-sama. Dia siap beritahu memang tiap-tiap tahun dia akan sambut hari lahir dengan kawan baik dia itu.


Saya ajak suami beli rumah, suami cakap dia memang ada niat nak beli atau buat rumah dalam masa terdekat. Bila saya nak bincang dengan suami, suami cakap dia nak bincang dengan kawan baik dia, apa-apa keputusan nanti saya kena ikut.


Agak-agakkan ada kemungkinan tak yang saya ini berkahwin dengan gay? Manalah tahu kot-kot dia kahwin dengan saya sebab nak tutup kelakuan dia atau adakah sebab saya pendek dan kurus, jadi saya nampak tak menarik di mata suami?


Kalau suami bukan gay, tolong ajar saya macam mana nak tackle suami sebab saya dah habis idea.


No comments

Powered by Blogger.