Header Ads

"Kalau Tak Diundang Naik Pentas Kau Nak Juga, Siku Kaki Buku Lima Semua Kau Boleh Jamah Der. Adat Kami Lain Sikit," Altimet Tegur Iqram..



Kecoh apabila pelakon sensasi Iqram Dinzly dikhabarkan cuba mengganggu persembahan Altimet pada malam Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) Ahad lepas.

Walaupun tindakan Iqram untuk naik ke pentas ketika persembahan itu dihalang oleh kakitangan yang bertugas, Altimet menyelar tindakan pelakon disifatkan keterlaluan.


"Kalau tak diundang naik pentas kau nak juga, siku kaki buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain siki," tulis Altimet semalam.


Bagaimanapun, 'ugutan' Altimet itu mendapat respon daripada Iqram sendiri menggunakan alasan persaudaraan sesama muslim.

"Sekiranya jamah buku lima der, hamba hidang 5 perkara sebelum 5 perkara der! Allah ada. We are brother, muslim? Maaf der," tulisnya di akaun Twitter pagi tadi.


Biarpun tidak dijelaskan maksud sebenar ayat tersebut, netizen rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan Iqram.

"Kau tak payah nak sebut nama Allah. Nak tutup perangai hodoh kau tu," tulis salah seorang pengguna Twitter.


Nama Iqram menjadi bualan netizen apabila muncul menari di pentas AJL32 apabila lagu Jampi (Hael Husaini) diumumkan sebagai juara.
 
Sebelum itu, kelibat Iqram yang berbaju kuning dilihat turut serta menari bersama audiens di hadapan pentas ketika slot selingan Pop Yeh Yeh ketika acara terbabit.


Lagu Amboi nyanyian Altimet pada AJL32 baru-baru ini berjaya dinobatkan sebagai persembahan terbaik menumpaskan 11 finalis lain.

Teks oleh: Astro Gempak

2 comments

nizzan ngarip said...

Iqram ni makin hari aku tgk perangai mcm puaka.Nasib ko x berdepan dgn aku.Klu x Mmg kena ludah la ko.

sicknerd said...

takkan kecam2, nak ludah saja? hahahahahaha

Powered by Blogger.