Header Ads

"Dia Asyik Menangis, Saya Penat!" Tidak Tahan Dengan Tangisan, Ibu Tergamak Buang Bayi Berusia 25 Hari Dalam Tong Sampah..



TANGISAN berterusan bayinya yang baru dilahirkan menyebabkan seorang ibu muda bertindak membuang anaknya dalam tong sampah.

Dalam kejadian di timur Delhi itu, wanita berkenaan tanpa rasa bersalah meletakkan bayi yang berusia 25 hari dalam tong sampah.


Seorang penduduk di Vinodpur timur mendakwa ibu muda itu, Neha telah membuang bayinya hingga mengakibatkan anaknya cedera.

"Wanita itu mengaku membuang bayinya kerana terlalu marah dan kepenatan menjaga anak perempuannya yang tidak henti menangis," kata penduduk lelaki itu.

Malangnya bayi itu meninggal dunia di hospital GTB, New Delhi pada Sabtu, kata pegawai kanan polis.


Pada Jumaat, kejadian itu telah dilaporkan dan polis memfailkan sebagai kes culik. Ketika mencari bayi berkenaan, Neha adalah suspek utama selepas saksi mengaku melihat dia membuang sesuatu dalam tong sampah.

Laporan media ANI menyebut, seorang wanita ditahan kerana membunuh bayinya dalam kejadian di Vinod Nagar.


Ketika disoal siasat, suspek telah mendedahkan lokasi dia membuang bayinya itu.

Sepasukan polis kemudiannya ke tempat kejadian dan menemui bayi perempuan yang ketika itu masih hidup tetapi kecederaan pada kepala dan beberapa keretakan tulang mengakibatkan anak malang itu maut.-IndiaToday

No comments

Powered by Blogger.