Header Ads

"Biar Tuhan Yang Tunjukkan Kebenaran Atas Tuduhan Tersebut. Wa Punya Sengat Fans Tahu Sapa Wa." Sofi Jikan Dituduh Letak Dadah Dalam Minuman Farid Kamil?..



PELAKON Sofi Jikan yang ditahan polis rentetan laporan dibuat Datuk Farid Kamil berharap agar Allah akan menunjukkan kebenaran atas tuduhan yang dibuat terhadapnya lapor mStar.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, berkongsi luahan tersebut menerusi laman Instagramnya pada malam, Selasa.

"Biar Tuhan Yang tunjukkan kebenaran atas tuduhan tersebut. Wa (saya) punya Sengat Fans tahu sapa wa," tulis Sofi.


Malah, pelakon KL Gangster itu turut memberitahu akan membuat penjelasan di aplikasi Bigo Live pada pukul 10 pagi, Rabu namun perkara itu tidak dilakukan.

Menerusi laporan Kosmo Online, Sofi ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Sofi memuat naik foto dan kapsyen tersebut sebelum ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara.

Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artis yang terlibat meletakkan dadah dalam minumannya.

Individu yang turut dikaitkan dalam laporan itu ialah Sofi Jikan namun laporan berkenaan tidak didedahkan.

Sofi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu bagi mendapatkan perintah tahanan reman.


Dia akan disasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum ini, sebanyak lima pertuduhan dikenakan terhadap Farid termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 pada 16 Januari lalu.

A post shared by Soffi Jikan Kasi Sengat (@kasisengatbiz) on


Selain itu, dia juga didakwa memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, pada 11 Januari lalu dan dia dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Pelakon itu dilaporkan bertemu Sofi Jikan sebelum kejadian berkenaan.

Sumber;  mStar Online

No comments

Powered by Blogger.