Header Ads

(10 Gambar) "Macam Pengantin Diraja" - Majlis Sanding Niena Baharun Dipuji Peminat..


Aktres yang popular menerusi drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun telah selamat mengadakan majlis persandingannya hujung minggu lalu.

Namun, yang menarik perhatian adalah kemeriahan majlis tersebut seumpama istiadat diraja yang penuh dengan tatasusila.


Niena dan Aliff Firdaus yang sebelum ini telah selamat bernikah pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan itu menyarung persalinan kuning diraja sentuhan pereka fesyen Cosry.

Niena yang manis bertudung itu juga menggunakan aksesori tradisional sanggul lintang berwarna emas sebagai aksesori kepala.

Peminat juga memuji rekaan pelamin yang persis balairong istana zaman silam.


Tidak cukup dengan kemeriahan tetamu yang hadir, majlis persandingan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu turut mengundang penyanyi Indonesia, Cakra Khan sebagai penyanyi jemputan.


"Comelnya, macam pengantin diraja," puji salah seorang peminatnya.


"Nampak berat atas kepala tetapi sangat cantik," tambah @farahmasija.


Malah, pelakon sensasi Fathia Latiff turut memeriahkan majlis tersebut.




"Ariana Dahlia dan Ariana Rose bergabung," puji @_elevenna.


"Dah macam adik-beradik," tambah @nisa-kamisan.


Apa kata kita saksikan gambar-gambar menarik sepanjang majlis persandingan sarat tradisi Niena dan Aliff.




Kredit: Astro Gempak
Foto: IG @nienabaharun

No comments

Powered by Blogger.