Header Ads

(10 Foto) 'Hasilkan 700 Keping Lukisan Dengan Masa 15 Ribu Jam.' Sangat Memberi Inspirasi! Walau Dilahirkan Tidak Sempurna, Lelaki Ini Mampu Membuktikan Dia Juga Mampu Berjaya...



Mariusz Kedierski, berumur 23 tahun berasal dari Poland. Dilahirkan tanpa lengan, walaupun beliau serba kekurangan pada dirinya namun dia mampu mencapai impian dimana bukan semua orang biasa boleh mencapainya.




Kekurangan pada dirinya bukanlah penghalang baginya untuk menceburi dunia seni pada seawal usia 3 tahun dan mula serius terhadap bidang seni ketika berusia 12 tahun.


Sepanjang tempoh 7 tahun ini beliau telah menghasilkan lebih 700 keping lukisan yang mengambil masa 15 ribu jam secara keseluruhan untuk menyiapkan lakaran potret seni itu. Lukisan yang dihasilkannya berbentuk realistik dan telah menarik minat orang ramai.


Berikut adalah sebahagian daripada hasil lukisan Mariusz Kedzierski untuk paparan kita semua.

Sumber Kisah: Facebook/Mariusz Kedzierski







Antara anugerah yang dikecapinya adalah “Best Global Artist” bertempat di Vienna pada 2013. Beliau juga terlibat dalam pameran lukisan di Cracow, Vienna, Oxford, Wroclaw dan banyak lagi.



Diharap kisah Mariusz Kedzierski akan mendorong kita untuk dijadikan sebagai inspirasi dalam kehidupan ini. Kejayaan tidak akan dikecapi selagi tiada usaha diambil.







No comments

Powered by Blogger.