Header Ads

“Ya Allah, Berikan Lah Kekuatan Buat Hati Seorang Isteri Dan Seorang Ibu. Semoga Tabah Menghadapi Ujian.”- Doa Fasha Sandha Untuk Diana Danielle..


Pelakon Fasha Sandha memohon agar peminat memberikan semangat kepada aktres Diana Danielle yang sedang menempuhi dugaan berhubung penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil

Fasha menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini memuat naik foto ‘throwback bersama Diana beserta kata-kata sokongan kepada sahabatnya itu.


Selain itu, Fasha juga mendoakan agar Diana tabah menghadapi dugaan dan dipermudahkan segala urusan.

“Ya Allah, Berikan lah kekuatan buat hati Seorang isteri dan seorang ibu. Semoga tabah menghadapi ujian.

“Berikanlah sokongan dan doa yang baik2 buat mereka. Semoga di PermudahkanNya. Amin.” tulisnya.


Dalam pada itu, ruangan komen entri berkenaan menerima pelbagai reaksi pengikut IG Fasha.

Rata-ratanya memberikan sokongan moral, titipan doa dan menganggap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah buat Diana Danielle.

Mereka juga mengucapkan rasa terima kasih kepada Fasha kerana memberikan kata-kata semangat buat Diana.


“I love you @dianadanielleb, keep calm dan jangan serabut sngat ok, keep positive. Setiap berlaku pasti ada jalan penyelesaian,” - @fazmillionairei

“@dianadanielleb kuatkan semangat Insha Allah kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat sis dan @faridkamilz malah apa pun yang terjadi hanya Allah yang mengetahui. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semestinya ada hikmah dengan apa yang terjadi.. #Doayangbaikbaik kakak kesayangan @fashasandha always love u lah. Semoga Allah memberkatinya. Semoga kakak di bawah rahmat Dan lindungan Allah SWT,” - @ idairdina21

Sumber: Astro gempak

No comments

Powered by Blogger.