Header Ads

(VIDEO) “Sampainya Hati, Dia Sumpah Anak Lelaki Saya Membesar Jadi Pondan!” – Ifa Raziah Sebak Anak & Suami Turut Dipalitkan Dengan Persengketaan Seorang Selebriti..


Selebriti versatil, Ifa Raziah tidak dapat menahan sebak ketika meluahkan perasaanya tentang penyanyi dari Singapura, Roslan Shah yang bertindak memburuk-burukkan anak dan suaminya lapor Astro Gempak.

Ifa ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia tidak menyangka Roslan akan bertindak sejauh itu apabila dia mendiamkan diri sepanjang penyanyi tersebut menabur fitnah tentang dirinya selama ini.


“Dia melampau dan biadab apabila mula mengaitkan suami dan anak saya dalam persengketaan kami. Selama 10 bulan saya mendiamkan diri tetapi apabila dia fitnah saya sehingga menyebabkan suami salah faham, itu melampau!

“Satu lagi yang buat saya terkilan apabila dia turut menyumpah anak lelaki saya, Shakir Aqili, membesar sebagai pondan.


“Sampainya hati dia, sedangkan selama ini dia sangat menyayangi Aqili. Kenapa dia sanggup kata macam tu terhadap Aqili?

“Anak saya demam ketika melihat video live yang dibuat Roslan kerana terkejut dan terlalu sedih dengan apa yang dikatakan,” katanya sambil menyeka air mata.


Ifa bersama keluarga ketika bercuti baru-baru ini.

Tambah Ifa lagi dia tidak boleh menerima perkara tersebut dan tidak akan memaafkan Roslan kali ini.

“Ya, kalau sebelum ini bergaduh dan kemudiannya berbaik, kali ini tidak. Saya tidak akan maafkan orang yang hampir meruntuhkan rumah tangga saya.

“Kenapa perlu dia kaitkan saya dengan aktor tersebut? Fitnah apa yang dia cuba lemparkan? Kalau pemikiran saya ini sama level dengan dia, saya dah dedahkan semua aib dia seperti yang dia lakukan terhadap saya.

“Tetapi saya tidak mahu downgrade diri saya dengan melakukan perkara sama kerana tidak perlu saya buka aib orang lain,” katanya.


Dalam pada itu, ketika ditanya punca persengketaannya dengan Roslan, Ifa berkata semuanya bermula di Singapura ketika menjayakan sebuah ekspo.

“Tidak perlu saya dedahkan satu-satu apa yang berlaku, kalau dia dipihak yang benar pihak penganjur tidak akan memohon maaf kepada saya.

“Sudah-sudahlah menipu dan buat fitnah menerusi video live di laman sosial. Beringat-ingatlah hari ini kita fitnah orang, tak mustahil suatu hari nanti ia akan balik kepada diri sendiri,” katanya.


Sumber Video/Foto: Instagram Ifa Raziah, Jambu Batu Online, 

No comments

Powered by Blogger.