Header Ads

(VIDEO) Majikan Ditahan, ‘Panah’ Berpuluh-Puluh Lidi Pencungkil Gigi Ke Muka Pekerja Kemudian Mencurah Air Panas Ke Badan Pekerja..



TIGA suspek termasuk sepasang suami isteri ditahan bersama pekerja mereka kerana disyaki mencederakan pekerja mereka di sebuah restoran di bandaraya Osaka.

Pemilik restoran berusia 42 tahun, Masao Mukai, isteri berusia 26 tahun serta pengurus premis berkenaan yang berusia 25 tahun telah ditahan pada 10 Januari lalu.


Kejadian pertama berlaku pada Julai 2017 apabila ketiga-tiga suspek mencederakan mangsa berusia 35 tahun dengan 'memanah' berpuluh-puluh lidi pencungkil gigi ke mukanya.

Polis merampas sebuah alat memanah berukuran 10 x 12 sentimeter yang boleh memanah sehingga 100 kilometer sejam.

Seterusnya mereka telah mencurah air mendidih ke punggung dan peha seorang lelaki.


Pada Oktober 2017 pula, suspek telah mengikat tangan mangsa, meletakkan tisu pada wayar dan membakarnya sebelum mengacunya ke hidung mangsa, menyebabkan ia melecur.

Semua kejadian itu berlaku pada waktu malam dalam premis milik suspek, Yakiniku GyuuGyuu iaitu restoran barbeku Korea.


Walaupun mangsa tidak lagi bekerja di restoran itu susulan kejadian pencungkil gigi itu, ahli keluarganya telah menghubungi polis yang menjalankan siasatan ke atas Yakiniku GyuuGyuu.

Pemeriksaan telefon Mukai mendapati adanya imej di mana muka mangsa telah dipenuhi lidi berkenaan. -Japan Today


VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.