Header Ads

(VIDEO) 'Kita Kena Kuat.'Fara Fauzana Bersama Syaimaa’ Si Anak Syria Ini Buat Kita Sebak..



Siapa Syaimaa’? Apa istimewanya anak ini sehingga Farah Fauzana Mohd Fadzil yang sinonim dengan nama Fafau ini pun tak dapat menahan rasa sebak di dada.

Jangankan Fara kita yang melihat pun akan punya rasa yang sama. ‘Kita Kena Kuat’ Itu perkongsian Fara dalam menggambarkan videonya bersama Syaimaa;

Anak kecil ini pernah 4 tahun yang lalu berada dalam kekalutan. Ketika dia dan abangnya sedang bermain di satu kawasan, tentera rejim telah menembak abangnya. Serpihan peluru yang sama menembusi tubuh abangnya mengenai anak kecil ini. Terkena matanya.



Ya, Syaimaa’ adalah salah seorang mangsa peperangan Syria. Anak kecil ini ditemui Fara ketika menjalankan misi selama 10 hari sebagai melunaskan tanggungjawab menjadi duta Malaysia Life Line for Syria (MLLFS).

Meskipun Fara, sudah menyempurnakan misinya dan pulang ke tanah air, memori Fara bersama anak-anak Syria yang dikongsikan dalam instagramnya tetap menyentuh rasa hati yang paling dalam.

Dalam menghadapi musim dingin ini, anak-anak ini perlukan tempat berteduh, selimut dan baju yang tebal dan semua itu dapat dilunaskan dengan bantuan anda-anda yang sedang membaca catatan ini. Moga derma itu terus mengalir biarpun Fara telah jauh dari bumi Syria


Aku Gagal Mengempang Air Mata

Rupanya video Fara dan Syaimaa’ turut menyentuh hati CEO MLLFS, Syahrir Azfar Saleh (Syahrir Azfar Al-Halabi). Beliau memberikan satu catatan yang buatkan kita rasa betapa bersyukurnya dapat tinggal di Malaysia yang Alhamdulillah masih aman.

Saat melihat video FaFau bersama Syaimaa’ aku gagal mengempang air mata. Begitulah selalunya Syaimaa’ dengan mereka yang menziarahinya. :’)

Syaimaa’, iya, nama anak ini Syaimaa’. Semakin meningkat dewasa.


Aku coretkan kembali kisah Syaimaa’ ini untuk tatapan semua.

“Ana Abu Syaimaa’.” Aku berseloroh pada anak ini.

Anak syurga ini namanya Syaimaa’. Syaimaa’ menampakkan riak wajah terkejut, tetapi kemudian menyengih girang.

“Boleh aku jadi ayah angkat mu wahai anak?” Aku menyambung dalam bahasa Arab yang sangat basic.

Syaimaa’ mengangguk-angguk deras sambil tersenyum. Sambil cuba melihat dengan rapat siapa yang berada di sampingnya. Aku kucup lembut dahi Syaimaa’. Menyelak rambut yg menutupi dahinya.

Ah! Terpana aku.

Maka terlihatlah parut besar di dahinya. Betul-betul di atas kening matanya.

Perlahan aku usap parut itu dan Syaimaa’ membiarkan.


“Siapa di sebelah aku ini? Tanya Syaimaa’.” Lantas aku menjawab, ana Syahrir Abu Noura. Dari Malaysia.

Kemudian Syaimaa’ bercakap sesuatu yang aku kurang jelas. Syaimaa’ tanya aku, macamana kamu boleh cakap Arab tapi kamu tak faham apa yang saya cakap?

Hehe.


Syaimaa’ Tidak Tahu Abangnya Meninggal

Aku beritahu pada Syaimaa’, cakap kalimat bilkalimat (satu perkataan demi satu perkataan), perlahan-lahan baru aku boleh faham.

Syaimaa’ senyum dan terus mengomel ramah. Sambil mengusap ubun-ubun Syaimaa’ aku berbisik kepada ayahnya, ingin tahu kisah sebenar apa yang terjadi kepada Syaimaa’.

Sementara ayahnya mengumpul kekuatan untuk bercerita, aku tanya Syaimaa’ berapa orang adik beradiknya. Syaimaa’ sebut ada aku dan abangku.


Aku tanya di mana abangnya, dijawab pantas oleh ayahnya, abang Syaimaa’ berada di Jerman. (Sambil membuat gaya orang yang tidur). Fahamlah aku bahawa abangnya telah meninggal dunia. Ayahnya tidak mahu Syaimaa’ tahu bahawa abangnya telah meninggal dunia.

Bingkas aku bangun mahu tahu lebih lanjut. Ayahnya menceritakan Syaimaa’ dan abangnya telah ditembak oleh sniper di Aleppo, Syria ketika sedang bermain-main di satu kawasan. Abangnya tewas dibidik peluru, Syaimaa’ pula buta kedua-dua belah matanya.

Allah!

Aku kembali duduk di sebelah Syaimaa’. Terus Syaimaa’ bertanya kemana aku pergi. Duduklah sebelah saya. Jangan pergi kemana-mana.

Sebak!

Syaimaa’ masih kecil untuk faham apa yang telah terjadi, namun kekuatan dirinya membuatkan kita ini tertunduk malu. Dan Syaimaa’ bercita-cita menjadi seorang guru.

Semoga Allah melindungimu duhai anak. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan kepada ayahmu.

Amiin. Amiin


Anda Yang Mahu Menyumbang

Boleh salurkan ke akaun MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD : MAYBANK : 564810513971
BANK ISLAM : 14210010009882
BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
AFFIN BANK : 1050-4003-0883
E-Mel : donation.mllfs@gmail.com
Ref : FaFau4Syria

Sumber/Foto/Video : Instagram Fara Fauzana, Syahrir Azfar Al-Halabi

No comments

Powered by Blogger.