Header Ads

(VIDEO) 'Hafiz Cilik.' Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Hafal 42 Surah Sejak Berusia 11 Bulan..


Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung, dikala ibu bapa lain berkejaran mendidik dan memberi sokongan pada anak-anak hebat dalam nyanyian, instafamous serta fashionista, ibu ini asuh anaknya dengan cintakan al-quran sejak dari kandungan. Dan kini, walau baru berusia dua tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir sudah menghafal 42 surah dalam al-Quran termasuk lima surah panjang.

Related image

Selain surah lazim muqaddam, surah Al-Waqi'ah, Ar-Rahman, Al-Mulk, Yasin dan Al-Kahfi antara yang gemar dihafalnya, lapor Harian Metro.


"Kini dia sudah boleh baca surah berkenaan sampai habis. Cuma perlu ada bantuan juga untuk dia baca permulaan ayat," kata ibunya.

Related image

"Bila saya dah baca permulaan ayat dia akan sambung sampai habis bacaan setiap ayat dalam semua semua surah itu," kata Nurul Shahida Lukman, 27 tahun.

Related image

Beliau sering membaca al-Quran ketika hamil sebelum dia dan suami Mohd Zahir Noor Sabri, 30, mengesan mulut anaknya terkumat kamit ikut membacanya ketika usia 11 bulan.


"Kami tidak pernah pasang lagu lain selain bacaan al-Quran termasuk sewaktu di rumah, dalam kereta dan tempat kerja," kata wanita itu.

"Bacaan ayat suci itu yang menjadi pengulit anak untuk tidur dan tanpa alunan bacaan al-Quran Ahmad Ziyyad sukar untuk tidur."


Image result for Ahmad Ziyyad Mohd Zahir

Mengakui anaknya "mudah mengingati", pemilik butik pengantin di Pengkalan Chepa itu juga mengelak anaknya dari hiburan supaya "hati tidak menjadi gelap."

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.