Header Ads

Tiupan Semangat Yana Samsudin Buat Fadzil Zahari, Netizen Kongsi Rasa Simpati..



Pelakon Yana Samsudin semalam memberi tiupan semangat kepada suaminya, Fadzil Zahari menerusi sebuah entri di Instagram selepas penahanan abang iparnya, aktor Farid Kamil.

Yana memuat naik fotonya bersama Fadzil dan mendoakan agar dugaan yang menimpa suaminya dan keluarga dipermudahkan Allah SWT.


Selain itu, Yana turut berharap agar suaminya tabah menerima ujian daripada yang maha Esa.

Menerusi entri itu juga, pengacara program Bismillah Ad-Duha itu memberitahu dia akan sentiasa berada di sisi suaminya di saat susah mahupun senang.


Dalam pada itu di ruangan komen, pengikut Yana turut berkongsi rasa simpati terhadap Fadzil yang masih terkejut dengan penahanan abangnya, semalam.

Mereka turut memberikan kata-kata positif kepada Fadzil serta meminta agar dia terus berada di sisi Farid yang sedang memerlukan sokongan moral daripada mereka sekeluarga.


“@ciknur_hana: Betul. Ujian yang berlaku pada keluarga kita juga ujian untuk kita. Ini masa untuk kita support keluarga. Allah bagi ujian pada hambanya berbeza-beza. Semua orang ada kesalahan tapi Allah yang tutup aib kita. Apa-apa pun keluarga kena bagi support moral. Semoga dipermudahkan urusan kita menghadapi ujian. Aamiin @yanasamsudin @dianadanielleb.”

“@menamacare: Akak sekeluarga cukup kuat untuk hadapi dugaan ni. My thoughts and prayers for your in laws and for farid's family. Major love for akak for being your man's backbone when he needs it the most, Alhamdulillah.”


“@chiffonskirtbyrina: Sebak tengok dia tutupkan muka faril kamil.. walaupun mungkin dalam hati dia geram tapi masih sayang pada abang.”

No comments

Powered by Blogger.