Header Ads

'Tidak Pernah Terima Permohonan Sijil Halal.' Keropok Udang Pamer Logo Halal Palsu Dirampas..


IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu sebuah kilang pembungkusan keropok di Gopeng, dekat sini semalam kerana menggunakan logo halal palsu.

Image may contain: food

Serbuan pada jam 11 pagi itu dilakukan empat pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri yang turut dibantu tiga pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hasil maklumat orang awam dan risikan KPDNKK selama seminggu.


Seorang pemilik premis berusia 58 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil, berkata hasil pemeriksaan terhadap premis berkenaan mendapati syarikat terbabit menjalankan perniagaan menggoreng dan membungkus keropok udang yang mempamerkan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Kemajuan (JAKIM) pada pembungkus keropok berkenaan.

Image may contain: food

Image may contain: one or more people and food

Katanya, siasatan awal mendapati premis berkenaan beroperasi sejak dua tahun lalu dan memperoleh keropok mentah dari Indonesia sebelum dipasarkan di sekitar sini.

"Pemeriksaan pada bungkusan keropok berkenaan mendapati logo halal yang dipamerkan pada pembungkus keropok menggunakan penandaan tulisan rumi dan jawi.


"Bagaimanapun, pengesahan awal oleh pegawai JAIPk menyatakan syarikat berkenaan tidak pernah membuat permohonan sijil halal terhadap pembungkusan keropok berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Image may contain: outdoor

Shamsul Nizam berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas 396 bungkus keropok yang siap dibungkus dan satu paket besar keropok yang belum digoreng.

Image may contain: food

Katanya, turut dirampas, 1,600 plastik pembungkusan yang mempunyai logo halal tulisan jawi dan rumi untuk siasatan lanjut dan nilai keseluruhan barang dirampas berjumlah RM1,786 dan pemilik premis turut ditahan bagi merakam percakapan bagi siasatan lanjut.


"Siasatan diteruskan sama ada syarikat berkenaan turut memasarkan keropok berkenaan di lokasi lain dan kes disiasat mengikut Perenggan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Image may contain: food

Image may contain: food

Sementara itu, Shamsul Nizam berkata dalam tempoh Januari tahun lalu hingga semalam, sebanyak 17 kes direkodkan membabitkan kesalahan isu halal dengan nilai rampasan berjumlah RM8,377.

Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.