Header Ads

''Terkejut! Harga Ikan Bilis RM 2.24 Jadi RM 348 Masa Bayar,'' Itulah Pentingnya Semak Resit Kembali Selepas Buat Pembayaran..



Cerita hari ini.

Nasib menyebelahi. Habis je exam terus ke market untuk shopping barang dapur. Barang boleh katakan agak banyak dan kira-kira memang akan habis dalam RM 200+.


Dan bila sampai kat kaunter, akak tu bagitau total barang RM 586.75. Muka dengan penuh redha hulur RM 600 dengan berbaki RM 13.25.





Naik kereta terus belek resit. Kebiasaannya memang setiap kali nak beli barang saya akan catat dalam kertas atau buku nota supaya barang yang nak dibeli tak tercicir.


Pelik sebab datang dari mana barang yang boleh cecah sampai RM 600 tu. Bila check dalam list resit baru perasan yang ikan bilis yang saya tandakan takde.




Yang ada 'Silverside CTN' yang saya sendiri tak tahu apa maknanya tu. Bukak balik bonet kereta dan usaha sedaya upaya cari batang hidung ikan bilis.

Dan lihatlah apa yang saya dapat (refer gambar ke-3). Ikan bilis yang berharga RM 2.24 tiba-tiba jadi RM 348.





Turun kereta pegi balik kat kaunter dan bagitau yang dorang da silap kira. Dan Alhamdulillah, duit dapat balik.


Nak pesan je. Rajin-rajinkanlah check balik resit yang kita dapat tu. Total barang tu betul ke tidak. Sama ke tidak dengan harga barang yang kita beli.

Dan moga ni kejadian yang terakhir. Ok, bye.

No comments

Powered by Blogger.