Header Ads

“Syukur Dia Sihat, Ok Sangat..Lama Jugak Borak Dengan Dia Tadi. Halus Pemikiran Dia," Reaksi Ustaz Kazim Selepas Bertemu Iqram Dinzly..



Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui gembira apabila dapat bertemu dengan Iqram Dinzly selepas mereka lama tidak berjumpa lapor Sinar Harian.

Menurut Kazim Elias, dia sempat memberi nasihat kepada Iqram Dinzly memuji pelakon itu kerana mempunyai pemikiran yang halus. 


"Menerima kunjungan Iqram. Dah lama tidak jumpa dia. Syukur dia sihat, ok sgt dan lama juga borak dengan dia tadi. 

"Halus pemikiran dia. Saya sampaikan juga nasihat kepada dia. Begitu juga dengan pelakon Johan Asaari.

"Empat bulan lepas saya ajak dia ke Al Barakah, hari ini dia datang dengan sahabat yang lain. 


"Ceria dan sejuk memandang mereka. InsyaAllah Johan akan belajar di Al-Barakah begitu juga dengan Iqram cuma dia perlu menemani ibunya yang masih dalam eddah.

"Tahniah Iqram dan Johan. Saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat," tulisnya dalam entri di Facebook.



Sebelum ini, Iqram menjadi pertatian ramai selepas perilaku aneh dia mula menjadi tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.


Perubahan sikapnya itu, turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sumber: Sinar Harian.

No comments

Powered by Blogger.