Header Ads

“Sayang Kan Boleh Handle Sendiri.” Anak Menangis Separuh Mati Dalam Bilik, Suami Buat Bodoh Sambil Leka Main 'Mobile Legend'..



Assalammualaikum admin semua, tolong siarkan screenshot sekali ye min,. Kisahnya malam tadi bengang gila dengan laki aku. Pukul 11 lebih macam tu anak aku tengah tidur, tiba-tiba menangis kuat, mimpi buruk agaknya.

Aku di sebelahnya tengah tidur dan mamai-mamai ni tepuk-tepuk la pujuk anak aku, tapi tetap menangis jugak. Sampai ligat anak aku menangis baru aku tersedar dari mamai aku (penat sangat sebab 10 lebih baru dapat tidur).


Laki aku pula dekat ruang tamu, dengar anak aku separuh mati menangis buat bodoh je, sikit pun tak kisah (sebab fokus main mobile legend jahanam tu). Mahu tak bengang aku, baru nak lelap anak menangis tapi suami tak nak tolong tengokkan. penyudahnya, aku dukung anak bawa ke ruang tamu aku cakap "abang tak dengar ke anak menangis?" Laki aku jawab "sayang kan boleh handle."


Dalam hati aku geram betul, sebabkan game itu langsung tak boleh lebih kurang tolong tengokkan anak. Stop kejap pun tak boleh. Bila tentang cari duit tahu pulak suruh isteri cari duit sama-sama. Bila dah penat tak sanggup nak tolong.

Tak tau ke bini dari 4.30 pagi dah bangun dan tak rehat, 10.30 malam barulah dapat tidur. Fedup betul dengan laki macam ni. Fikir diri sendiri je sedap. Time susah taknak sama-sama. Elok game tu je kejut dia pagi-pagi, masakkan untuk dia, lahirkan anak dia dan buat semua kerja rumah.


Geramnya aku, entah pukul berapa la dia tidur malam tadi. Pagi tadi bila aku kejutkan dia pergi kerja dia tak nak bangun dan tak pergi kerja. Lantaklah, malas nak fikir. Aku siap-siap hantar anak terus pergi kerja. Aku fed up. Sorry luahkan perasaan je. Aku kalau bengan dengann laki aku dalalm whatsapp je berani cakap macam tu. Depan-depan tak berani kena penampar nanti.

Apa yang aku tak puas hati aku luahkan dekat whatsapp je. Okaylah, tu je nak luahkan, aku penat dan terima kasih admin.

Sumber: KRT

No comments

Powered by Blogger.