Header Ads

“Saya Bukan Sahaja Pandai, Tetapi Sangat Genius Menghasilkan Berbilion Dolar Sebaik Menamatkan Pengajian Di Kolej.” - Donald Trump..



PRESIDEN Donald Trump tolak keraguan umum berhubung kesihatan mentalnya, seperti yang dibangkitkan dalam buku "Fire and Fury: Inside the Trump White House".


Related image

Sebaliknya, Trump menyifatkan buku tersebut satu rekaan dan penulisnya, Michael Wolff sebagai penipu.


Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Trump, termasuk siri muat naik status di akaun Twitternya.

Antara lain, Trump mendakwa beliau adalah paling genius dan sangat bijak.


....Actually, throughout my life, my two greatest assets have been mental stability and being, like, really smart. Crooked Hillary Clinton also played these cards very hard and, as everyone knows, went down in flames. I went from VERY successful businessman, to top T.V. Star.....


....to President of the United States (on my first try). I think that would qualify as not smart, but genius....and a very stable genius at that!

"Saya belajar di kolej terbaik, saya berdepan situasi yang secara jelas menunjukkan saya pelajar cemerlang, menamatkan pengajian selain berjaya menghasilkan berbilion dolar.


Related image

"Saya menjadi antara ahli perniagaan utama, memasuki perniagaan berasaskan televisyen dan selama 10 tahun ia terbukti berjaya, seperti yang anda dengar sebelum ini," tegas Trump ketika menjawab persoalan berhubung kesihatan mentalnya.


Kandungan buku Wolff, yang dihasilkan berdasarkan petikan dari bekas pembantu kanan White House, Steve Bannon, menggambarkan Trump sebagai individu dengan masalah mental.

Related image

Buku itu juga mendakwa sehahagian besar penasihat kanan White House, mempersoalkan kemampuan Trump mentadbir Amerika Syarikat.

Related image

Perang mulut Trump - Wolff turut membayangi mesyuarat parti Republikan, yang diadakan bagi membincangkan agenda 2018.


Trump juga menafikan dakwaan Wolff wujud sesi rakaman temuramah selama tiga jam.

Related image

"Tiada temuramah diadakan, ia hanya dalam imaginasi penulis," kata Trump.

No comments

Powered by Blogger.