Header Ads

“Saya Akan Sentiasa Mempertahankannya Dan Kami Akan Berusaha Memperbaiki Apa Yang Perlu Untuk Menjernihkan Keadaan Serta Mengukuhkan Apa Sedia Ada.” Diana Danielle..



DATIN Diana Danielle mempertahankan suaminya, Datuk Farid Kamil, yang kini ditahan reman lapor Harian Metro.

Farid direamn empat hari atas empat dakwaan, termasuk kes menampar anggota polis di balai polis Kota Damansara, di Kuala Lumpur, Khamis lalu.



Diana menerusi kenyataan di Instagram, berkata Farid tidak pernah mengasari dirinya sepanjang hidup bersama.


“Farid tidak pernah sesekali naik tangan atau mengasari saya secara fizikal.

“Saya akan sentiasa mempertahankannya dan kami akan berusaha memperbaiki apa yang perlu untuk menjernihkan keadaan serta mengukuhkan apa sedia ada,” katanya.

Diana berkata, dia juga meminta sedikit ruang privasi dengan apa yang menimpa suaminya.


“Mengulas megenai isu yang timbul baru-baru ini, saya perlu mengambil sedikit masa untuk memahami situasi sebenar sebelum memberi kenyataan rasmi.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya dan suami.

“Buat masa sekarang saya tidak akan menjawab sebarang persoalan yang boleh menyakiti dan mengeruhkan lagi keadaaan,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.