Header Ads

“Peniaga Buah Buahan Suami Isteri Tu Marah & Tengking-Tengking Kat Saya.” Zarina Zainuddin Cerita Detik Dihalau & Ditengking Peniaga Lain..


Aktres Zarina Zainuddin menceritakan pengalamannya dihalau serta ditengking oleh seorang peniaga lain yang tidak senang melihat kehadiran pelakon itu.



Menurut kemas kini laman Instagram pelakon drama bersiri Teduhan Kasih itu, kejadian tersebut berlaku di Dataran Lumut, Perak dan pada ketika itu, Zarina ditemani oleh anaknya, Azil.

Rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh peniaga tersebut kepada Zarina dan Azil serta memuji sifat Zarina yang sabar dan tabah menghadapi detik hitam berkenaan.


Assalamualaikum Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana ..saya baru sampai disana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dgn azil ditepi bucu ada tempat duduk disitu sementara tengok hand phone saya customer saya dah sampai nak tahu kak ina kat mana ..sebab takde parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta.. 


Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya ..suruh angkat pulut saya disitu .. Bagi lah salam bang ..tiba tiba menjerit saya dah lah dengan azil tak tentu arah jadinya.. Kita ni orang Melayu jangan berdengki sama sendiri.. Awak jual buah saya jual pulut jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya @umieaida9 suka rambutan.. 


Awak nak marah pun jangan tengking tengking orang customer saya tengah nak beli pun dia halau last last saya dapat satu parking kereta isteri nya datang beli pulut saya pastu tanya saya lagi lepas ni nak ke mana jual pulut..kakak tu pun suggest tempat untuk saya jual pulut saya takpe lah saya sedekahkan semua pulut itu pada orang orang yang ada hari dah malam .. Saya datang nak beli ikan bilis mata biru di Lumut..nak buat menu baru sambal ikan bilis dengan petai dan pulut kuning .. 


Kalau berdengki macam ni sampai bila pun kita tak boleh maju.. Melayu ke tu yea..orang Melayu.. Saya dapat pahala bagi orang makan semalam ..😀 Allhamdulillah 💕 Duit boleh cari bang atitude tak boleh beli ..ia lahir dari jiwa yang tulus..walau kadang -kadang ada orang mengata kita kat belakang .. Rezeki Allah bagi😁 Semuga abang tu dapat membersihkan hatinya ..❤💕 Arini saya berpuasa semperna hari terakhir tahun ini ..puasa ganti daa..hihihi..

"@achyksuhai: Tak ada adab betullah. Hish."

"@gustiucu5886: Semoga anda lebih tabah mengharungi kehidupan di duniawi."



"@elynein: Allahu Rabbi moga hatimu terus tabah. Manusia memang macam tu banyak sangat perasaan dengki iri hati."

"@ayong_senget24: Bertabahlah kak @zarinazainuddin_ manusia memang macam tu dia tak tahu rezeki dia pun datang dari Allah SWT. Sekarang dia boleh hidup senang esok lusa Allah SWT tarik balik rezeki dia time tu dia nak menyesal pun dah tak guna dah."



"@lisaaidi: Tak pe sis. Dia bagi sis pahala free."


Peminat juga memuji tindakan Zarina yang membatalkan niat untuk berniaga dan seterusnya bersedekah pada mereka yang berada di situ.

Assalamualaikum Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana ..saya baru sampai disana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dgn azil ditepi bucu ada tempat duduk disitu sementara tengok hand phone saya customer saya dah sampai nak tahu kak ina kat mana ..sebab takde parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta.. Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya ..suruh angkat pulut saya disitu .. Bagi lah salam bang ..tiba tiba menjerit saya dah lah dengan azil tak tentu arah jadinya.. Kita ni orang Melayu jangan berdengki sama sendiri.. Awak jual buah saya jual pulut jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya @umieaida9 suka rambutan.. Awak nak marah pun jangan tengking tengking orang customer saya tengah nak beli pun dia halau last last saya dapat satu parking kereta isteri nya datang beli pulut saya pastu tanya saya lagi lepas ni nak ke mana jual pulut..kakak tu pun suggest tempat untuk saya jual pulut saya takpe lah saya sedekahkan semua pulut itu pada orang orang yang ada hari dah malam .. Saya datang nak beli ikan bilis mata biru di Lumut..nak buat menu baru sambal ikan bilis dengan petai dan pulut kuning .. Kalau berdengki macam ni sampai bila pun kita tak boleh maju.. Melayu ke tu yea..orang Melayu.. Saya dapat pahala bagi orang makan semalam ..😀 Allhamdulillah 💕 Duit boleh cari bang atitude tak boleh beli ..ia lahir dari jiwa yang tulus..walau kadang -kadang ada orang mengata kita kat belakang .. Rezeki Allah bagi😁 Semuga abang tu dapat membersihkan hatinya ..❤💕 Arini saya berpuasa semperna hari terakhir tahun ini ..puasa ganti daa..hihihi..
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

No comments

Powered by Blogger.