Header Ads

‘Pendarahan Di Telinga, Lebam Di Kepala & Badan.’ Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Didera, Ibu Dan Nenek Ditahan..



KULAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini, malam tadi dipercayai didera.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, polis mendapat maklumat daripada kakitangan hospital berkenaan mengenai seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai didera lapor Berita Harian.


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, berkata hasil siasatan awal, polis menahan ibu mangsa yang berusia 18 tahun dan nenek mangsa berusia 56 tahun untuk siasatan lanjut.

"Hari ini, polis menahan reman seorang wanita berusia 56 tahun dan anaknya, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun (ibu mangsa) bagi membantu siasatan kes ini.


"Dua beranak itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian anak kepada remaja berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, nenek mangsa tidak bekerja dan tinggal serumah dengan mangsa dan anaknya yang bekerja sebagai juruwang.

Katanya, pada mulanya mangsa dihantar ibunya ke hospital berkenaan pada jam 7.30 malam tadi dalam keadaan tidak bernafas.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat pendarahan di kedua-dua telinga mangsa, selain kesan lebam di bahagian kepala sebelah kiri, belakang badan dan takungan air di kerongkong.

"Susulan itu, ibu kanak-kanak terbabit yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di sini, ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di hospital berkenaan" katanya.

Sumber: Berita Harian.

No comments

Powered by Blogger.